Slider

Tokoh Akademik Negara

Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz

Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz

Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz dilahirkan pada tahun 1922 di London, England. Beliau mendapat pendidikan menengah di English College, Johor Bahru. Seterusnya, memperolehi Diploma in Arts daripada Raffles College, Singapore pada tahun 1947 dan diikuti Bachelor of Arts (Honours) in Economics dari Univerisity of Malaya, Singapore pada tahun 1951. Pada tahun 1964 beliau memperolehi ijazah Doctor of Economics dari Waseda University, Tokyo.

Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz memulakan kerjaya dalam perkhidmatan awam dengan Kerajaan Negeri Johor. Pada tahun 1952 beliau mengorak langkah ke alam akademik apabila diterima sebagai pensyarah dalam bidang Ekonomi di Universiti Malaya. Beliau dilantik sebagai Profesor dan Ketua Jabatan Ekonomi selama lima (5) tahun mulai tahun 1961 sebelum memegang jawatan Dekan Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran pada tahun 1965 hingga 1968.

Prof. Diraja Ungku Abdul Aziz Tokoh AN

Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz menempa sejarah apabila dilantik sebagai Naib Canselor, Universiti Malaya selama dua puluh (20) tahun dari tahun 1968 hingga 1988. Dalam tempoh tersebut juga beliau turut memegang jawatan Presiden ANGKASA, jawatan yang dipegangnya hingga kini, dan berkhidmat sebagai Penasihat atau Ahli Jawatan kuasa Penasihat kepada beberapa institusi tempatan dan antarabangsa. Sumbangan beliau pada negara bukan sahaja dalam bidang Akademia, tetapi juga telah membawa idea penubuhan Tabung Haji dan menjadi Pengarah Pengasas bagi Dewan Bahasa dan Pustaka.

Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz sepanjang tahun 1971 hingga 2005, telah dianugerahkan berbilang ijazah kehormat daripada institusi tempatan dan antarabangsa. Antaranya, Doctor of Humane Letters dari University of Pittsburgh, Doctor of Education dari Chulalongkorn University, Royal Professor of Economic oleh DYMM Yang DiPertuan Agong, Doctor of Laws dari University of Strathclyde dan Doctor of Economics dari Universiti Malaya.

  • Hits: 955
Hubungi Kami
  • Tel:

    03-8870 6559 / 6553 / 6546
  • E-mel:

    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Hakcipta Terpelihara 2006 - 2019 © Anugerah Akademik Negara (AAN), Kementerian Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi)