Slider

Anugerah Inovasi dan Pengkomersialan Produk

Profesor Madya Dr. Syed Omar bin Syed Rastan

Dr. Syed Omar bin Syed Rastan

Profesor Madya Dr. Syed Omar bin Syed Rastan dilahirkan pada 28 Disember 1960, di Jelutong, Pulau Pinang. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Jalan Gurney Satu pada tahun 1967 dan Sekolah Menengah Seri Ampang, Kuala Lumpur pada tahun 1973. Beliau meneruskan pengajiannya di UPM pada tahun 1978 dan dianugerahkan Sc. dalam bidang Pertanian pada tahun 1983. Pada tahun 1984, beliau telah menerima tawaran menjadi tutor UPM, seterusnya meneruskan pengajian ke peringkat ijazah lanjutan di USA. Beliau telah dianugerahkan Ijazah Sarjana di University of Georgia pada tahun 1987 dan Ph.D di University of Missouri pada tahun 1995.

Profesor Madya Dr. Syed Omar bin Syed Rastan telah menerima sijil teknologi pengeluaran baja dari International Fertilizer Development Center (IFDC), Muscle Shoals, Alabama, USA pada tahun 1999. Beliau juga telah menerbitkan lebih 68 bahan penulisan dalam bentuk jurnal di peringkat antarabangsa dan tempatan, buletin teknikal dan prosiding. Beliau telah menjadi pakar runding pada 15 syarikat swasta serta telah mengkomersialkan 3 produk baja di pasaran Malaysia dan luar negara. Selain daripada itu, beliau telah memenangi 23 anugerah dan penghargaan di peringkat universiti, kebangsaan dan antarabangsa.

Ulasan Produk

ZAPPA®
Patent No. MY133162A

ZAPPA® adalah bahan rawatan benih padi yang dirumus khas untuk menggalakkan percambahan, pengakaran dan kecergasan pertumbuhan anak padi. ZAPPA® mengandungi bahan aktif oksigen larut teratif (agen oksida) yang berjaya membantu pertumbuhan anak benih padi yang direndam dengannya untuk tumbuh dalam tanah yang ditakungi air. ZAPPA® terbukti berkesan untuk membasmi padi angin di sawah padi melalui teknik persaingan dengan rumpai. Ini ialah kerana rumpai yang tidak direndam dengan larutan oksigen teraktif akan lemas dan kurang cergas berbanding dengan anak padi yang telah direndam dengan larutan ZAPPA®.

ZAPPA® merupakan teknologi pertama di dunia untuk rendaman benih padi yang difailkan paten dan dengan itu telah mendapat status perlindungan harta intelek. ZAPPA® adalah produk yang telah mendapat Anugerah Rekacipta dan Inovasi 2002 daripada MOSTE (Ministry of Science Technology and Environment of Malaysia) dan juga berjaya merangkul anugerah antarabangsa di Geneva, Switzerland pada April 2004.

Produk ini telah dikomersialkan dan sehingga kini telah mendapat kontrak dan jualan sebanyak RM7,477,800.00 dengan pendapatan royalti 2% kepada UPM. Produk ini telah dipasarkan di Malaysia dan Indonesia.

  • Hits: 487
Hubungi Kami
  • Tel:

    03-8870 6559 / 6553 / 6546
  • E-mel:

    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Hakcipta Terpelihara 2006 - 2019 © Anugerah Akademik Negara (AAN), Kementerian Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi)