Slider

Anugerah Penerbitan Buku

Profesor Dr. Nordin bin Hussin

Profesor Dr. Nordin bin Hussin

Profesor Dr. Nordin bin Hussin memperoleh ijazah pertama dari Universiti Malaya (UM) dan meneruskan pengajian peringkat siswazah di England. Beliau telah mempelajari bahasa Belanda dan mendapat pendedahan yang meluas terhadap bahan dan ilmu sejarah Alam Melayu, terutamanya di Amsterdam dan Leiden. Justeru, disamping Bahasa Melayu dan Inggeris, beliau turut mahir menggunakan sumber-sumber arkib dalam bahasa Belanda, khususnya mengenai sejarah sosio-ekonomi bandar-bandar pelabuhan sekitar Selat Melaka di zaman penjajahan.

Profesor Dr. Nordin bin Hussin memperoleh ijazah doktor falsafah dari Vrije Universiteit, Amsterdam pada tahun 2002 dengan tesis yang cemerlang berjudul "Trade and Society in the Straits of Melaka". Sepanjang kerjayanya, beliau banyak menghasilkan penulisan dalam bidang yang tersebut di atas dan pernah menjadi felow di Center for Southeast Asian Studies, University of Kyoto.

Ulasan Buku

Trade and Society in the Straits of Melaka: Dutch Melaka and English Penang 1780-1830

Buku ini memperkatakan perdagangan dan masyarakat di Selat Melaka ketika tahun 1780 hingga 1830, khususnya mencerita dan membandingkan perdagangan serta kehidupan di dua (2) pusat perdagangan, Melaka dan Pulau Pinang yang diperintah oleh dua (2) kuasa Barat berbeza, iaitu Belanda dan Inggeris.

Keistimewaan buku ini terletak pada pendekatan yang berbeza dengan buku-buku sejarah sebelumnya mengenai Melaka dan Pulau Pinang sebagai pusat perdagangan. Buku ini memberi pemusatan pada perbandingan sejarah perbandaran dua pusat perdagangan yang berbeza dari berbagai-bagai aspek: yang satu ditadbirkan dengan tradisi perbandaran Belanda, dan yang satu lagi dengan tradisi perbandaran Inggeris. Kelebihan karya ini juga terdapat pada penggunaan bahan-bahan sumber yang empiris yang belum diketengahkan sebelum ini. Oleh kerana itu, karya ini mendapat sanjungan daripada pakar-pakar sejarah antarabangsa yang pernah mengkaji sejarah alam Melayu.

Di bawah ini adalah beberapa sedutan pandangan mereka:

"This is a genuine pioneering study of Malaysian urban history that breaks much new ground. At best it is a fine-grained social history of which we have seen too little in Southeast Asia."

Professor Dr. Anthony Reid, Director of Asia Research Institute, Singapore

"...an impressive piece of research and a formidable work of reference. Nordin Hussin uses his empirical findings to contribute to the debate about the 'colonial port-town' concept."

Professor Dr. A.V.M. Horton, University of Hull/Cambridge

Justeru kerana mutu akademiknya yang tinggi, maka buku ini telah memenangi ICAS Book Prize 2007 (Leiden University) dan telah dicalonkan di AAS Meeting Chicago untuk Harry J Benda Book Prize 2009.

  • Hits: 323
Hubungi Kami
  • Tel:

    03-8870 6559 / 6553 / 6546
  • E-mel:

    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Hakcipta Terpelihara 2006 - 2019 © Anugerah Akademik Negara (AAN), Kementerian Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi)