Anugerah Seni dan Kreatif

Profesor Madya Dr. Zulkifli Bin Yusof

Profesor Madya Dr. Zulkifli bin Yusof

Profesor Madya Dr. Zulkifli Bin Yusof dilahirkan pada tahun 1962. Beliau telah berkecimpung di dalam bidang akademik selama 15 tahun, iaitu 4 tahun di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan selebihnya di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Profesor Madya Dr. Zulkifli bin Yusoff sepanjang 15 tahun telah mengadakan sembilan (9) siri pameran solo, lima (5) daripadanya di Malaysia dan empat (4) di Singapura. Selain itu, beliau telah mengadakan 21 pameran antarabangsa, antaranya 6th International Sand Sculpture Competition di Hong Kong, 3rd Asian Art Exhibition di Fukoka Art Museum, Japan, MAFA Show di Righton Gallery, Manchester, UK, MA Show di Holden Gallery, Manchester, UK, New Art from South East Asia di Tokyo, Osaka, Fukuoka & Hiroshima, Japan, Seychelles Visual Arts Biennale di Carneigie Museum, Victoria, Seychelles, 1st Asia Pacific Triennale of Contemporary Art di Brisbane, Australia, Immunity, Art Space di Sydney, Australia, Asian Art Today di Hiroshima Museum of Contemporary Art, Japan, Asian Heart and Form, Asian Arts and Crafts - its Origin to the Present Day NTT Hall di Hiroshima, Japan, Contemporary Art Symposium, Potential of Asian Thought (paper presentation) di Asian Cultural Centre, Tokyo, Japan, Philips Morris Art Competition, National Art Gallery; Asean Art Now di Singapore Art Museum, Inside - Group Installation, Kassell di Jerman, Malaysian Image di London, Art Agora di Istanbul dan Asian Art Show di Bandung, Indonesia.

Prof. Madya Dr. Zulkifli bin Yusof

Profesor Madya Dr. Zulkifli bin Yusoff juga telah mengadakan 37 pameran pada peringkat Kebangsaan. Pada tahun 1997, beliau menjadi anak Malaysia ke-2 yang diberi pengiktirafan untuk menyertai pameran berprestij di dunia, iaitu Modernities and Memories: Recent Works from the Islamic World di Venice Biennale, Itali. Beliau turut dianugerahi Karyawan Tamu di Galeri Petronas selama enam (6) bulan pada tahun 2003.

Profesor Madya Dr. Zulkifli bin Yusoff telah menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan di atas sumbangan beliau, iaitu Major Award, Young Contemporaries, National Art Gallery, Kuala Lumpur dan 2nd Prize, 6th International Sand Sculpture, Regional Council, Hong Kong pada tahun 1988 dan Major Award, Young Contemporaries, National Art Gallery pada tahun 1989. Beliau menerima tiga lagi anugerah pada tahun 1992, iaitu The Grand Minister Prize, Major Award - Sculpture dan Minor Award - Sculpture dari 3rd Salon Malaysia. Pada tahun 1995 beliau telah dianugerahi Honourable Mention, Philip Morris Asean Art Awards, Malaysia.