Slider

Anugerah Inovasi dan Pengkomersialan Produk

Profesor Dr. Sureswaran Ramadass

Profesor Dr. Sureswaran Ramadass

Profesor Dr. Sureswaran Ramadass merupakan Pengarah Pusat IPV6 Termaju Negara, USM. Beliau memperolehi ijazah pertama (Magna Cum Laude) pada tahun 1987 dan sarjana dalam bidang Kejuruteraan Elektrikal dan Komputer pada tahun 1990. Kedua-duanya diperolehi dari Universiti Miami. Beliau seterusnya menyambung pengajian ke peringkat doktor falsafah di USM pada tahun 2000.

Profesor Dr. Sureswaran Ramadass mempunyai pengalaman luas dalam sistem komunikasi dengan beberapa badan peringkat kebangsaan dan antarabangsa seperti menganggotai kumpulan teknikal di MODCOMP, Florida dan juga sebagai Naib Presiden Kejuruteraan di iCON Business Systems Inc. (Florida).

Profesor Dr. Sureswaran Ramadass telah menerima pengiktirafan, penghargaan dan anugerah baik di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Antaranya pengiktirafan yang telah memartabatkan kebolehan beliau adalah menjadi pengasas Syarikat Mlabs Systems Berhad yang telah disenaraikan dalam Bursa Saham Malaysia. Produk beliau, Multimedia Confering System (MCS) telah berjaya dikomersilkan di beberapa buah negara di dunia seperti Cameroon, Bangladesh, Indonesia, Mesir, Iran, Kenya, Norway, Oman, Filipina, Amerika syarikat, United Kingdom, Vietnam dan banyak lagi serta berjaya meraih penjualan melebihi RM20 juta.

Profesor Dr. Sureswaran Ramadass juga adalah salah seorang daripada empat (4) ahli penggerak dan juga Pengarah Asia Pasific IPv6 Task Force (APV6TF), Ketua Asia Pasific Advanced Networks (APAN) Malaysia, Pengarah Projek Japanese Asian Internet Interconnections Initiative (A13) dan Ketua A13 Malaysia serta Penasihat Japanese Government's Ministry of Public Management, Home Affairs, and Telecomm (MPHPT).

Profesor Dr. Sureswaran Ramadass telah menerbitkan lebih dari 70 kertas penyelidikan dan tujuh (7) paten. Beliau telah menerima USD6 juta dalam bentuk geran penyelidikan dari pelbagai organisasi ke atas projek dan produk yang dihasilkan.

Ulasan Produk

MCS merupakan system komunikasi generasi masa depan yang mempunyai ciri-ciri unik multipoint-to-multipoint berbanding dengan sistem telesidang konvensional point-to-point. Ciri multipoint-to-multipoint membolehkannya menampung beratus-ratus pengguna pada satu masa, dari kedudukan setiap pengguna. Ciri tersebut menghasilkan 7 paten Antarabangsa.

Ciri system MCS yang paling baik merupakan senibina sistem unik yang menjimatkan jalur lebar. Ini bermakna jalur lebar kepada pengguna tidak berubah meskipun banyak pengguna yang menggunakan sistem tersebut pada masa yang sama. Antara ciri lain termasuklah full motion video yang berkualiti tinggi, ciri keselamatan ketat yang menggunakan 148-bit dan mudah kepada pengguna.

  • Hits: 300
Hubungi Kami
  • Tel:

    03-8870 6559 / 6553 / 6546
  • E-mel:

    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Hakcipta Terpelihara 2006 - 2019 © Anugerah Akademik Negara (AAN), Kementerian Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi)