Slider

Anugerah Pengajaran (Kelompok Sains Gunaan)

Profesor Dr. Abdul Karim bin Alias

Profesor Dr. Abdul Karim bin Alias

Profesor Dr. Abdul Karim bin Alias adalah profesor dalam bidang teknologi makanan di Pusat Pengajian Teknologi Industri, Universiti Sains Malaysia. Beliau telah terlibat dalam bidang pengajaran selama 15 tahun. Beliau adalah seorang pakar dalam pengajaran di peringkat pra-siswazah dan pengkhususan dalam Food Processing and Preservation, Physical Properties of Food dan Food Ingredients.

Profesor Dr. Abdul Karim bin Alias juga adalah orang yang bertanggungjawab dalam merangka kertas cadangan perkembangan kurikulum yang memperkenalkan dua (2) bidang baharu, iaitu Physical Properties of Food dan Food Ingredients. Dalam pengajaran, beliau menekankan kepada aspek IT dan teknologi. Beliau juga banyak menggunakan kaedah penyelidikan beliau sendiri dalam kuliah dengan mengutarakan masalah sebenar dan mempelbagaikan penggunaan peralatan dalam kehidupan seharian di kelas untuk menerangkan sesuatu prinsip. Beliau turut menekankan kepentingan real case problem di industri untuk dibawa ke kelas dengan menghasilkan video dari industri di Jepun. (Penggambaran video tidak dibuat di Malaysia kerana polisi pihak industri di Malaysia tidak membenarkan rakaman dibuat).

Prof. Dr. Abdul Karim bin Alias

Profesor Dr. Abdul Karim bin Alias sentiasa menerangkan sesuatu masalah melalui lakonan dan drama. Beliau amat mahir dalam menjelaskan jalan penyelesaian sesuatu masalah dan mempunyai kaedah tersendiri dalam menyelesaikan masalah yang terbasil daripada pelbagai disiplin yang mendorong pelajar seronok dan menghargai pelajaran yang diajar. Sebagai seorang penyelia, beliau telah menyelia lebih daripada 90 projek pra-siswazah tahun akhir. Beliau juga telah menyelia tiga (3) pelajar PhD, 22 pelajar siswazah dan tiga felo post-Doctoral.

Profesor Dr. Abdul Karim bin Alias bersama pelajarnya telah menerbitkan lebih 60 kertas kerja di international citation-indexed journals, beberapa bab dalam buku / ensiklopedia dan menerbit serta membentangkan lebih daripada 70 kertas kerja persidangan. Beliau amat teruja dan mencintai kerjayanya serta sentiasa meningkatkan mutu pengajarannya disamping menjadi seorang penyelidik yang berjaya. Beliau merupakan penerima pertama Anugerah Pendidik Sanjungan USM pada tahun 2002.

  • Hits: 455
Hubungi Kami
  • Tel:

    03-8870 6559 / 6553 / 6546
  • E-mel:

    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Hakcipta Terpelihara 2006 - 2019 © Anugerah Akademik Negara (AAN), Kementerian Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi)