Slider

Anugerah Pengajaran (Kelompok Sastera Gunaan dan Sains Sosial Gunaan)

Profesor Dr. Zainal Ariffin bin Ahmad

Profesor Dr. Zainal Ariffin bin Ahmad

Profesor Dr. Zainal Ariffin bin Ahmad memulakan perkhidmatan di USM sebagai pensyarah di Pusat Pengajian Pengurusan sejak tahun 1994 dan berpindah ke Pusat Pengajian Siswazah Pemiagaan pada tahun 2009. Beliau mempunyai lebih 20 tahun pengalaman mengajar dan jurulatih dalam bidang perlakuan organisasi (OB) dan pengurusan sumber manusia (HRM / HRD) pada peringkat sarjana muda, sarjana serta kedoktoran. Beliau pernah mengajar di Northern Illinois University dari tahun 1989 hingga 1994 ketika menyiapkan tesis Kedoktoran dalam Pendidikan (Ed.D) dalam bidang Adult Continuing Education Human Resource Development.

Profesor Dr. Zainal Ariffin bin Ahmad telah mengajar 60 kursus (32 siswazah dan 28 sarjana muda) dan hampir 7,400 pelajar sepanjang 14 tahun di USM. Beliau juga telah menerima Anugerah Pendidik Sanjungan USM pada tahun 2007.

Profesor Dr. Zainal Ariffin bin Ahmad menggunakan pendekatan inovatif dan kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran seperti penggunaan filem animasi, kesusasteraan tradisional, shadowing di tempat kerja dan angkasawan dalam menggalakkan pelajar mengkaji perlakuan organisasi berasaskan problem base learning. Beliau juga sentiasa mengamalkan prinsip pendidikan dewasa dalam penyeliaan dan interaksi dengan pelajar ijazah sarjana muda, sarjana dan calon siswazah PhD. Kuliah dijalankan secara perbincangan kajian kes dan literature, role-play dan beliau telah mencipta kaedah yang cukup kreatif dalam mengingati pelajar-pelajar, contohnya berdasarkan filem-filem P.Ramlee.

Profesor Dr. Zainal Ariffin bin Ahmad akan memasti dan membangunkan suasana kuliah serta pembelajaran yang selesa dan berkomunikasi secara online atau group / mailing list, sistem pesanan ringkas (sms) dan mock-viva. Beliau menggunakan pendekatan membawa para pengamal sebagai pensyarah jemputan untuk memberi senario semasa dalam bidang sumber manusia . Beliau mengamalkan coaching di mana calon siswazah dilayan sebagai co-learner dan sama-sama belajar tentang topik penyelidikan mereka. Soalan-soalan penyelidikan yang diajukan menjurus kepada menimbulkan keinginan dalam kalangan calon untuk mendalami serta mencari penyelesaian.

Sebagai penyelidik dan penyelia, Profesor Dr. Zainal Ariffin bin Ahmad telah menyempurnakan 11 penyelidikan kebangsaan dalam bidang perlakuan organisasi, sumber manusia dan kualiti dalam pengajian tinggi dan perkhidmatan awam yang turut melibatkan beberapa calon PhDnya. Ini memberi peluang kepada calon PhD beliau untuk belajar secara vicarious learning melalui pelaksanaan penyelidikan. Beliau turut mengamalkan dasar umbrella, di mana mereka bekerja dengan rakan pensyarah muda sebagai penyelia bersama untuk membangunkan mereka. Beliau giat meneraju dan terlibat dalam 6 penyelidikan kebangsaan dan Antarabangsa dalam pengurusan sumber manusia dan neurosains menggunakan neurofeedback serta EEG dan fMRI.

Berprinsipkan dirinya sebagai seorang pelajar seumur hidup, falsafah pengajarannya adalah pembelajaran mestilah seronok, bermakna dan sepanjang hayat.

  • Hits: 448
Hubungi Kami
  • Tel:

    03-8870 6559 / 6553 / 6546
  • E-mel:

    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Hakcipta Terpelihara 2006 - 2019 © Anugerah Akademik Negara (AAN), Kementerian Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi)