Slider

Anugerah Pengajaran (Kelompok Sains Kesihatan)

Profesor Dato' Dr. Raymond Azman Ali

Prof. Dato Dr. Raymond Azman Ali

Profesor Dato' Dr. Raymond Azman Ali telah memenangi anugerah Pengajar Cemerlang UKM sebanyak dua (2) kali dan merupakan penerima pertama dan tunggal (sehingga kini) Anugerah Tokoh Pengajar pada tahun 2003. Beliau merupakan pengajar perubatan yang radikal di mana paradigma-paradigma terdahulu dirombak untuk memudahkan pembelajaran oleh para pelajar. Satu contoh rombakan paradigma yang telah dilaksanakan ialah melalui pemupukan tiga (3) sifat kerjaya yang berlainan di kalangan pelajar perubatan, iaitu penyiasat (detektif), peguam dan doktor. Ini adalah kerana para doktor harus mengambil kira semua faktor daripada riwayat dan pemeriksaan fizikal pesakit untuk membuat diagnosis seperti seorang detektif, kemudian mempertahankan diagnosis yang dibuat seperti seorang peguam dan memberi rawatan sebagai seorang doktor.

Profesor Dato Dr. Raymond Azman Ali

Moto yang diamalkan oleh Profesor Dato' Dr. Raymond Azman Ali adalah "teaching educates the teacher" dan konsep ini juga diguna pakai oleh beliau untuk membimbing pensyarah perubatan yang baru dilantik di UKM. Beliau memastikan pelajar tidak tidur semasa kuliahnya dengan cara berinteraksi dengan pelajar, 'selingan-selingan' yang lucu dan perjalanan kuliah yang tidak monotonous (dengan cara memberi penekanan kepada konsep yang penting tetapi sukar untuk difahami).

Bidang neurologi, contohnya, amat sukar difahami oleh para pelajar mahupun doktor, tetapi para pelajar dan doktor yang mendengar ceramah beliau tidak kecewa dengan ceramah yang diajar dan mendapat penuh kefahaman di penghujung ceramah. Dengan kata lain, Profesor Dato' Dr. Raymond Azman Ali mampu menjadikan satu subjek yang susah untuk diajar atau difahami kepada satu yang mudah difahami dan dihafal.

Profesor Dato' Dr. Raymond Azman Ali telah menggunakan pendekatan dengan meletakkan dirinya sebagai pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Aura yang beliau miliki amatlah menakjubkan sehingga beliau dapat memastikan pelajar yang menghadiri kuliahnya mendapat sepenuhnya ilmu dan kepakaran yang hendak dikongsi bersama secara menyeluruh.

  • Hits: 373
Hubungi Kami
  • Tel:

    03-8870 6559 / 6553 / 6546
  • E-mel:

    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Hakcipta Terpelihara 2006 - 2019 © Anugerah Akademik Negara (AAN), Kementerian Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi)