Slider

Anugerah Pengajaran (Kelompok Kejuruteraan)

Profesor Madya Ir. Hayati binti Abdullah

Profesor Madya Ir. Hayati binti Abdullah

Keupayaan menggabungkan aspek-aspek akademik, penyelidikan dan pengalaman sebagai jurutera mekanikal profesional telah membantu Profesor Madya Ir. Hayati binti Abdullah membangunkan program pengajaran yang menekankan pencapaian hasil pembelajaran berdasarkan Outcome Based Education. Dengan mengamalkan kaedah pengajaran yang berpaksikan penglibatan pelajar dikaitrapatkan dengan penglibatan dari industri dan dunia luar, Profesor Madya Ir. Hayati binti Abdullah menghasilkan 'kuliah tanpa sempadan' bagi pelajar-pelajar beliau. Pelajar didedahkan kepada ekosistem pembelajaran yang unik di mana prinsip kejuruteraan yang dipelajari dapat dilihat terus aplikasinya di industri melalui lawatan, kuliah di lokasi industri, kajian kes dan tugasan yang memerlukan mereka berfikir secara kritikal, berkomunikasi serta menganalisis data sebenar dari industri.

Prof. Madya Ir. Hayati binti Abdullah

Profesor Madya Ir. Hayati binti Abdullah turut mempertingkatkan kaedah pengajaran beliau dengan melibatkan pihak industri seperti di dalam melaksanakan kaedah Competition-based Learning, pakar dari industri memberi maklum balas dan menilai hasil kreativiti dan inovasi reka cipta pelajar beliau. Pakar kejuruteraan dari industri dan usahawan juga dijemput untuk menerapkan pengalaman dan menghadirkan keperluan terkini dunia luar kepada pelajar. Kaedah ini menghasilkan pembelajaran lebih berkesan dan mampu melahirkan jurutera yang mempunyai nilai tambah tinggi dalam pasaran pekerjaan. Ini akan membantu menyumbang kepada program transformasi ekonomi Negara yang memerlukan jurutera yang lebih padan dan kompeten. Profesor Madya lr. Hayati binti Abdullah akan terus berusaha melestarikan kualiti pengajaran beliau demi melahirkan ahli profesional yang diperlukan negara.

  • Hits: 539
Hubungi Kami
  • Tel:

    03-8870 6559 / 6553 / 6546
  • E-mel:

    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Hakcipta Terpelihara 2006 - 2019 © Anugerah Akademik Negara (AAN), Kementerian Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi)