Slider

Anugerah Pengajaran (Kelompok Sastera dan Sains Sosial)

Profesor Madya Dr. Mohammad Shatar bin Sabran

Profesor Madya Dr. Mohammad Shatar Bin Sabran

Profesor Madya Dr. Mohammad Shatar bin Sabran dilahirkan di Tanjung Piandang, Perak pada 7 Februari 1967. Mendapat Diploma dari Indiana University of Bloomington, Amerika Syarikat dan meneruskan pengajian peringkat ijazah Sarjana Muda dan Master di Iowa State University serta ijazah Kedoktoran di University of Missouri. Beliau telah berkhidmat dengan UPM sebagai pensyarah di Fakulti Ekologi Manusia lebih dari 13 tahun.

Profesor Madya Dr. Mohammad Shatar bin Sabran telah berjaya mendidik dan melatih lebih daripada 3,000 pelajar. Beliau amat dikenali dengan sikap mesra pelajar dan pelajar diutamakan. Pembelajaran yang menggunakan pendekatan Learn By Seeing dan Learn By Doing menjadikan kaedah pembelajaran beliau amat unik. Ini kerana pendekatan tersebut mampu melahirkan pelajar yang memahami, menghayati dan menjiwai perkara yang dibincangkan. Kaedah pengajaran yang kreatif ini mampu menarik minat dan fokus pelajar terhadap setiap perbincangan.

Profesor Madya Dr. Mohammad Shatar bin Sabran juga merupakan seorang penceramah motivasi, terutamanya perkara yang berkaitan dengan pembelajaran dan kecemerlangan, kepimpinan, keibubapaan, dan masalah sosial. Beliau telah menyampaikan lebih daripada 700 Ceramah motivasi dan menerbitkan lebih daripada 40 buah buku motivasi berkaitan bidang tersebut.

Prof. Madya Dr. Mohammad Shatar Bin Sabran

Profesor Madya Dr. Mohammad Shatar bin Sabran juga aktif dalam penulisan berkaitan pembangunan dan insaniah pelajar. Beliau telah menerbitkan lebih daripada 171 penerbitan jurnal, buku, modul dan artikel berkaitan bidang tersebut.

Profesor Madya Dr. Mohammad Shatar bin Sabran telah menerima pelbagai anugerah lain dari dalam dan luar negara, antaranya Extra Ordinary Performance Award dari Iowa State University, Pakar Rujuk Soft Skills kepada lebih dari 20 institusi dan agensi kerajaan, dan pakar rujuk sosial kepada RTM. Beliau juga merupakan penerima Anugerah Personaliti Media 2010, dan Anugerah Naib Canselor Ketegori Khidmat Profesional UPM. Beliau juga telah disenaraikan dalam Penerbitan WhosWho in the World 2012 dan 2000 Outstanding Intelectuals of the 21st Century 2012 oleh International Biographical Center, England.

  • Hits: 456
Hubungi Kami
  • Tel:

    03-8870 6559 / 6553 / 6546
  • E-mel:

    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Hakcipta Terpelihara 2006 - 2019 © Anugerah Akademik Negara (AAN), Kementerian Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi)