Slider

Anugerah Seni dan Kreativiti

Encik Junaidi bin Awang

Encik Junaidi bin Awang

Encik Junaidi bin Awang merupakan pensyarah di Jabatan Seni Reka Tekstil, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, UiTM, Kampus Machang, Kelantan. Beliau banyak menjalankan penyelidikan dan penghasilan produk rekaan batik. Bidang kepakaran beliau adalah reka corak batik dan tekstil. Minat dan bakat beliau dalam bidang seni reka tekstil amat mendalam dan menyerlah kerana beliau mula didedahkan dalam seni batik sejak usia remaja memandangkan ahli keluarga beliau terlibat secara langsung dalam perusahaan batik di Kelantan.

En. Junaidi bin Awang

Karya batik yang dihasilkan oleh Encik Junaidi bin Awang berkonsepkan moden kontemporari dengan mengeksperimentasi pelbagai bahan warna dan kesan jalinan bagi memperlihatkan kesan visual yang kreatif dan eksklusif yang dapat disesuaikan dengan citarasa global masa kini. Beliau telah banyak melibatkan diri di dalam penyelidikan reka corak baru batik yang dianjurkan oleh dua (2) organisasi utama yang memperjuangkan batik Malaysia iaitu Yayasan Budi Penyayang Malaysia (PENYAYANG) dan Terengganu Institute of Design Excellence (TIDE).

Encik Junaidi bin Awang mempunyai brand name 'Junaidi Awang' yang mana produk batik dipasarkan di Galeri Seri Endon, Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Produk beliau juga telah dipasarkan di pasar raya Harrods UK oleh PENYAYANG dalam usaha mengetengahkan batik Malaysia ke luar negara. Kejayaan beliau telah banyak dikongsikan melalui terbitan majalah tahunan Batik Guild Malaysia keluaran Yayasan Budi Penyayang dan akhbar luar negara antaranya; The Island, Sri Lanka, Etihad inflight magazine, UK, Batik Guild UK, UK dan juga Capital Magazine, Canberra.

Encik Junaidi bin Awang telah mencipta nama dengan mewakili negara dalam pameran dan pertunjukan batik serta merangkul beberapa anugerah utama di dalam dan luar negara.

  • Hits: 477
Hubungi Kami
  • Tel:

    03-8870 6559 / 6553 / 6546
  • E-mel:

    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Hakcipta Terpelihara 2006 - 2019 © Anugerah Akademik Negara (AAN), Kementerian Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi)