Slider

Anugerah Ahli Akademik Harapan

Prof. Dr. Mohd Adzir bin Mahdi

Profesor Dr. Mohd Adzir bin Mahdi

Prof. Dr. Mohd Adzir bin Mahdi dilahirkan pada 4 Jun 1972. Memulakan kerjaya sebagai penyelidik di Malaysia dan seterusnya Amerika Syarikat. Berbekalkan pengalaman tersebut, beliau ditawarkan jawatan Profesor Madya di UPM pada tahun 2003. Sepanjang perkhidmatannya, beliau telah menjawat jawatan sebagai Penolong Pengarah di Pusat Pengurusan Penyelidikan UPM selama tiga (3) tahun bermula dari tahun 2006.

Prof. Dr. Mohd Adzir bin Mahdi adalah seorang ahli akademik muda yang terkemuka di UPM dan amat dikenali dengan pencapaian mengagumkan dalam pelbagai bidang akademik. Penyelidikan beliau telah menghasilkan 238 artikel jurnal dan 175 artikel konferens. Daripada jumlah tersebut, 175 artikel telah diterbitkan dalam jurnal ISI dengan 121 artikel tergolong dalam jurnal Q1 dan Q2. Artikel-artikel beliau telah dipetik sebanyak 1012 kali dan h-index semasa beliau adalah 18. Salah satu hasil penyelidikan beliau telah diterbitkan dalam majalah WDM Solutions, sebuah majalah profesional antarabangsa pada tahun 2002. Hasil kepakaran beliau dalam bidang fotonik, beliau telah dipilih menjadi pemeriksa artikel oleh tiga belas (13) jurnal ISI. Beliau telah dianugerahkan dua (2) paten, manakala tujuh (7) idea yang telah difailkan masih dalam status menunggu.

Salah satu paten beliau telah dihasilkan sewaktu bekerja di IOA Corporation, California. Lebih membanggakan, salah satu produk yang dibangunkan iaitu Band Optical Amplifier telah digunakan oleh dua (2) syarikat rangkaian optik Amerika Syarikat; Arasor Corporation dan Matisse Network Inc.

Hasil pencapaian yang membanggakan ini telah membolehkan beliau dilantik sebagai Professor di UPM seawal usia 36 tahun. Beliau turut telah dilantik sebagai penyelidik pelawat di beberapa institusi luar negara seperti Marconi SpA (Itali), Monash University (Australia), Chalmers University of Technology (Sweden), Hong Kong Polytechnic University, University of California, Davis (USA) dan Georgia Institute of Technology (USA). Kecemerlangan sejak bergelar pelajar lagi sehingga kini telah melayakkan beliau menerima beberapa anugerah antarabangsa seperti IEEE Photonics Society (LEOS) Graduate-Student Fellowship, IEEE LEOS Best Student Paper, Australia-Malaysia Institute Research Fellowship, Leading Scientists and Engineers of OIC Member States (COMSTECH), TWAS Young Affiliate Fellow dan COMSTECH Young Scientist Award. Beliau juga adalah penerima geran penyelidikan berjumlah hampir RM4.1 juta dari pelbagai sumber dana kebangsaan dan luar negara.

  • Hits: 468
Hubungi Kami
  • Tel:

    03-8870 6559 / 6553 / 6546
  • E-mel:

    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Hakcipta Terpelihara 2006 - 2019 © Anugerah Akademik Negara (AAN), Kementerian Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi)