Slider

Anugerah Penerbitan Makalah Jurnal (Bidang Sains)

Dr. Ng EngPoh

Dr. Ng EngPoh

Dr. Ng EngPoh memperoleh Ijazah dalam bidang kimia industri dan Sarjana dalam bidang kimia dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada tahun 2004 dan 2006. Beliau melanjutkan pengajiannya di Universiti Mullhouse, Perancis dalam bidang kimia bahan dan memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (PhD) pada tahun 2009. Kini, beliau berkhidmat sebagai pensyarah di Pusat Pengajian Sains Kimia, Universiti Sains Malaysia (USM). Penyelidikan Dr. Ng EngPoh adalah mengenai kajian mikroskopik pertumbuhan hablur zeolit dan penggunaannya dalam pemangkinan, penulenan dan kajian toksikologi bio-sel.

Dr. Ng EngPoh merupakan Ahli Persatuan Zeolit Antarabangsa (IZA), Ahli Persatuan Antarabangsa Online Kejuruteraan (IAOE) dan Ahli Institut Kimia Malaysia (IKM). Beliau juga telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Penasihat Indonesian Zeolite Seminar Ke-8, Indonesia (2013), penilai dan editor jurnal bagi International Conference for Young Chemist (2011, 2013) dan Ahli Jawatankuasa Penganjur Persidangan Antarabangsa USM-KAZNU (2012). Pencapaian tertinggi dalam kerjaya beliau adalah melalui penganugerahan Leading Scientist of the World oleh International Biographical Centre, Cambridge, England pada tahun 2012.

Ulasan kepada makalah jurnal:

"Capturing Ultrasmall EMT Zeolite from Template-Free Systems."

Makalah ini adalah berdasarkan kepada kajian mikroskopik pertumbuhan hablur zeolit. Pada tahun 2012, sintesis hijau zeolit nano-hablur menerima pengiktirafan kerana telah diterbitkan dalam Journal Science, makalah terkemuka di dunia penyelidikan dan dilaporkan secara meluas oleh beberapa media massa antarabangsa (Nature Chemistry, Chemistry & Engineering News) atas inisiatif beliau dalam mensintesiskan zeolit nano-bahan pada suhu bilik tanpa menggunakan acuan organik.

Pendekatan ini dapat mensintesiskan zeolit-zeolit penting dalam industri kimia dengan mengkaji peringkat awal sintesis zeolit. Dengan kaedah ini, penggunaan acuan organik yang mahal dan penghasilan toksik dapat dielakkan serta kos sintesis zeolit dapat dikurangkan dengan sangat ketara. Selain itu, penemuan penting ini dapat dimanfaatkan dalam bidang sains fundamental, industri petrokimia tempatan dan antarabangsa, pemangkinan, membran, penjerapan, dan peranti berskala nano. Penemuan ini juga telah mendapat penghargaan dalam dunia penyelidikan bahan kimia apabila hasil penyelidikan ini telah mendapat tempat kedua dalam Breakthrough of the Year 2011 (dianjurkan oleh Journal Science) dan dikongsi dengan kumpulan-kumpulan penyelidik yang tersohor di dunia.

  • Hits: 414
Hubungi Kami
  • Tel:

    03-8870 6559 / 6553 / 6546
  • E-mel:

    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Hakcipta Terpelihara 2006 - 2019 © Anugerah Akademik Negara (AAN), Kementerian Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi)