Slider

Anugerah Penerbitan Makalah Jurnal (Sains Sosial / Sastera)

Dr. Siti Nurazira binti Mohd Daud

Dr. Siti Nurazira binti Mohd Daud

Dr. Siti Nurazira binti Mohd Daud merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Sarjana Ekonomi daripada Universiti Utara Malaysia (UUM) sebelum melanjutkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD). Beliau berjaya menamatkan pengajian PhD pada tahun 2009 di University of Southampton, United Kingdom dalam bidang yang sama.

Ulasan kepada makalah jurnal:

"Revisiting The Role of External Debt in Economic Growth of Developing Countries"

Peningkatan tahap keberhutangan di kalangan negara-negara membangun telah menimbulkan kebimbangan dan persoalan sama ada sebuah negara dengan stok hutang luar negara yang tinggi masih mapan dalam menjana pertumbuhan ekonomi. Ini kerana ia boleh menjejaskan penarafan kedaulatan kewangan sesebuah negara dan sumber pembiayaan di masa hadapan. Matlamat asal pinjaman iaitu untuk menjana pelaburan negara, meningkatkan pendapatan rakyat seterusnya membasmi kemiskinan mutlak mula menjadi persoalan dan perdebatan.

Makalah ini merupakan satu (1) kajian empirikal yang terkini, komprehensif dan mengaplikasikan kaedah analisa data yang terkini, mengkaji secara terperinci pertalian hubungan antara hutang pertumbuhan ekonomi bagi negara-negara membangun. Kajian ini menggunakan kerangka Generalised Method of Moments (GMM) dalam menganalisis peranan dan impak hutang luar terhadap pembangunan negara bagi 31 buah negara membangun. Kajian telah menemui satu model pertumbuhan ekonomi yang boleh dijadikan asas dalam penggubalan polisi dan dasar ekonomi bagi negara-negara membangun untuk menjana pertumbuhan ekonomi yang lestari termasuklah Malaysia.

Kajian telah dijalankan ke atas data sekunder yang sahih yang diperoleh daripada Bank Dunia, World Development Indicator, Global Development Finance dan IMF. Analisis melibatkan data daripada 31 buah negara membangun dengan jangkamasa data 36 tahun. Pemilihan negara yang dikaji adalah menurut tahap hutang dan pendapatan negara serta dua sub-kumpulan; heavily indebted and poor countries dan non-heavily indebted and poor countries. Antara negara yang terlibat adalah Malaysia, Bolivia, Columbia, Egypt, Guyana, Kenya, dan Zambia. Analisis yang dilaksanakan amat menyeluruh dan robust termasuklah pelaksanaan empat jenis ujian diagnostik untuk mengenal pasti kewujudan auto-korelasi spatial bagi residual daripada model yang dibangunkan. Hasil kajian ini memberi penanda aras kepada pelabur mengenai kemampuan sesuatu negara untuk membayar semula pinjamannya di masa hadapan. Justeru itu, makalah ini mempunyai impak yang besar dalam pembangunan ekonomi masyarakat sejagat.

  • Hits: 309
Hubungi Kami
  • Tel:

    03-8870 6559 / 6553 / 6546
  • E-mel:

    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Hakcipta Terpelihara 2006 - 2019 © Anugerah Akademik Negara (AAN), Kementerian Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi)