Anugerah Pengajaran (Kelompok Sains Gunaan)

Penerima
Encik Lim Chee Leong
Institusi
Taylor's University

Encik Lim Chee Leong

Encik Lim Chee Leong adalah pemegang Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada Universiti Malaya (UM) pada tahun 2001. Beliau dilahirkan pada 8 Julai 1976 dan mempunyai pengalaman selama 15 tahun dalam bidang akademik dan kini menjawat jawatan sebagai Ketua e-Learning Academy, Integrated Teaching and Lifelong Learning Center di Taylor's University.

Encik Lim Chee Leong memulakan kerjayanya di Taylor's University pada tahun 2001 dan merupakan seorang yang berdedikasi dan mempunyai semangat dan keyakinan tinggi dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Sumbangan dan jasa beliau telah diiktiraf dengan penganugerahan pelbagai anugerah di peringkat universiti atas kecemerlangan beliau sebagai ahli akademik yang berjaya.

Falsafah pengajaran dan pembelajaran Encik Lim Chee Leong telah berkembang seiring dengan pengalaman beliau sebagai ahli akademik berkaitan dengan kaedah mendekati pelajar yang terdiri dari generasi-Y. Pendekatan 3E, iaitu "Enhance, Engage and Enrich" telah digunakan di mana ketiga-tiga pendekatan ini adalah untuk meningkatkan tahap pembelajaran pelajar seiring dengan kemajuan teknologi terkini yang memerlukan penglibatan pelajar secara aktif dalam proses pembelajaran. Beliau juga menggunakan kepelbagaian teknologi serta inovasi dalam pedagogi seperti pembelajaran kolaboratif, model 'flipped classroom', webinar, digital storytelling dan sebagainya supaya dengan kaedah ini akan menjadikan teknik pengajarannya lebih menarik dan berkesan. Beliau juga mempraktikkan konsep 'using your own device' dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta aplikasi e-learning assesment dengan menggunakan iPad sebagai contoh bagi penggunaan teknologi terkini.

Misi Encik Lim Chee Leong adalah "Less is more, embracing teach less, learn more strategy" dan mengenal pasti dan berkongsi amalan yang berkesan diperingkat kebangsaan dan antarabangsa. Untuk mencapai tujuan dan matlamat ini, beliau mengaplikasikan konsep Holistic Experinces with Blended-learning Approach using Technology (HEBAT). Dalam masa yang sama, beliau turut membawa System for Holistic and INtegrated E-learning (SHINE). Minat serta kecekapan beliau dalam menggunakan kemajuan teknologi terkini untuk disesuaikan dengan kaedah pengajaran telah membawa kepada satu fasa baharu bagi teknik pengajaran dan pembelajaran khususnya di Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia.