Slider

Anugerah Pengajaran (Kelompok Sastera Gunaan dan Sains Sosial Gunaan)

Penerima
Prof. Dr. Jayakaran Mukundan
Institusi
Universiti Putra Malaysia (UPM)

Profesor Dr. Jayakaran Mukundan

Prof. Dr. Jayakaran Mukundan dilahirkan pada 28 April 1956 dan berkelulusan Bachelor of Education in TESL daripada Universiti Pertanian Malaysia (UPM) pada tahun 1987. Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana dalam pengajian Bahasa lnggeris di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1993 dan seterusnya memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (PhD) daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 2004 dalam bidang Bahasa lnggeris.

Prof. Dr. Jayakaran Mukundan memulakan kerjayanya di UPM dan menjawat pelbagai jawatan sejak tahun 1990 sehingga kini dan seterusnya dilantik sebagai Profesor pada tahun 2011. Beliau turut dilantik sebagai Visiting Research Fellow di Leeds Metropolitan University, United Kingdom dan Monash University, Clayton Campus, Melbourne, Australia pada tahun 2008, Profesor Pelawat di Ho Chi Minh Open University, Vietnam, Profesor Pelawat di Management and Science University dan merupakan Pengarah Extensive Reading Foundation Board.

Berbekalkan pengalaman selama 23 tahun sebagai ahli akademik, beliau telah menulis lebih daripada 80 artikel jurnal, 23 bab dalam buku dan 30 buah buku. Sumbangan dan kegigihan Prof. Dr. Jayakaran Mukundan akhirnya membuahkan hasil apabila beliau telah menerima pelbagai anugerah di peringkat universiti serta berjaya memenangi lima (5) pingat antarabangsa, tiga (3) pingat tempatan dan dua puluh sembilan (29) pingat Pameran Reka Cipta, Penyelidikan dan Inovasi (PRPI), UPM dan berjaya memperoleh hak cipta bagi empat (4) perisian.

Falsafah pengajaran dan pembelajaran Prof. Dr. Jayakaran Mukundan berlandaskan prinsip beliau sendiri iaitu

"I like my imperfections and how I challenged it all; they just reinforce the idea that perfection bestowed is probably an unnecessary gift"

Mukundan, J. 2013

Beliau juga menggunakan Formula 7E iaitu yang pertama, 'Employ strategies', yang berguna ketika bekerja iaitu memerlukan gabungan tradisi teknik pengajaran kaedah tradisional dengan suntikan strategi kontemporari terkini. Kedua, 'Experiment under difference condition', pendekatan yang melibatkan kelompok pelajar yang berbeza dengan strategi dan teknik yang berlainan antara satu sama lain. Ketiga, 'Energize' iaitu bersemangat dan menarik perhatian pelajar dengan menukar strategi pengajaran menggunakan beberapa kaedah inovasi seperti photo-story, comic creation and short films. Keempat, 'Enthuse and Enthrall', dalam pembelajaran, di mana pelajar digalakkan melibatkan diri sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran dengan pendekatan kelima iaitu 'Engage'. lni adalah interaksi yang sangat berkesan dalam P&P. Seterusnya 'Empower learners', berjaya memberi galakan dan menjana pemikiran pelajar supaya dapat berfikir 'out of the box' serta dapat menghasilkan penulisan kreatif (creative writing). Seterusnya yang terakhir ialah, 'Enchant them' sebagai pencetus idea kreatif dalam pengajaran ESL dan berkongsi pengetahuan beliau melalui penganjuran beberapa bengkel dan persidangan.

  • Hits: 436
Hubungi Kami
  • Tel:

    03-8870 6559 / 6553 / 6546
  • E-mel:

    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Hakcipta Terpelihara 2006 - 2019 © Anugerah Akademik Negara (AAN), Kementerian Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi)