Slider

Anugerah Pengajaran (Kelompok Sains Gunaan)

Penerima
Tuan Hj. Syahrul Nizam Junaini
Institusi
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

Tuan Hj. Syahrul Nizam Junaini

Tuan Hj. Syahrul Nizam Junaini dilahirkan pada 26 Julai 1977 dan berkelulusan Ijazah Sarjana dalam Electronic Imaging and Media Communications (Multimedia Systems) dari Universiti Bradford, United Kingdom. Kini, beliau merupakan Pensyarah Kanan di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Falsafah pengajaran dan pembelajaran Tuan Hj. Syahrul Nizam Junaini adalah memartabat budaya ilmu menerusi ‘deep learning’. Antara kaedah yang digunakan oleh beliau adalah POPBL (Problem Oriented Project Based Learning) dan sejajar dengan Falsafah Pendidikan kebangsaan serta konsep berpusatkan pelajar telah terbukti berjaya dalam mengembangkan potensi pelajar secara menyeluruh dan bersepadu. Bagi beliau, aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta penilaian disepadukan ke arah menyerlahkan potensi pelajar melalui pencapaian hasil pembelajaran secara kreatif dan inovatif melalui aktiviti P&P yang mirip realiti dunia sebenar. Beliau juga telah menggunakan teknologi Web 2.0 dan teknologi ICT yang lain dalam kaedah P&P untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif supaya pelajar mencapai konsep ‘empower learners’.

Memiliki personaliti yang mudah didekati dan disenangi oleh pelajar serta mempunyai ciri-ciri ‘good educator’ telah membolehkan Tuan Hj. Syahrul Nizam Junaini berinteraksi dengan pelajar secara berkesan. Ini khususnya berlaku dalam sesi P&P dan kuliah tanpa sempadan di mana pelajar boleh berinteraksi dengan beliau melalui media sosial tanpa mengira waktu dan tempat. Beliau juga telah menggunakan pendekatan pembelajaran aktif termasuk menggunakan platform Massive Open Online Course (MOOC) di mana terdapat lima puluh tujuh (57) video pengajaran yang diikuti oleh 1500 pelajar dari lima belas (15) buah negara termasuk Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Tuan Hj. Syahrul Nizam Junaini menganggotai badan profesional di peringkat kebangsaan dan antarabangsa seperti Computer Science Teachers Association (CSTA), Institute of Electric & Electronics Engineers (IEEE) and IEEE Communications Society, Association for Computing Machinery (ACM), Internet Society (Malaysian Chapter), International Association of Engineers Society (IAENG) dan International Association of Computer Science and Information Technology (IACSIT). Kesarjanaan beliau dapat dilihat melalui perkongsian ilmu dan pengiktirafan melalui penulisan buku teks dan modul, penerbitan berwasit, kertas jurnal dan prosiding penyelidikan, media sosial serta jemputan ucaptama dan seminar di peringkat kebangsaan.

Berbekalkan pengalaman selama lima belas (15) tahun, kreativiti dan inovasi Tuan Hj. Syahrul Nizam Junaini dalam bidang P&P mendapat pengiktirafan di peringkat universiti dan kebangsaan. Antara penganugerahan yang diterima beliau adalah Anugerah Persatuan Matematik Malaysia (PERSAMA) 2008 dan 2009, Anugerah Media ICT Ketua Menteri Sarawak 2013 dan Anugerah Akademik UNIMAS 2015 bagi kategori Anugerah Pengajaran.

  • Hits: 421
Hubungi Kami
  • Tel:

    03-8870 6559 / 6553 / 6546
  • E-mel:

    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Hakcipta Terpelihara 2006 - 2019 © Anugerah Akademik Negara (AAN), Kementerian Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi)