Slider

Anugerah Pengajaran (Kelompok Sains Kesihatan)

Penerima
Prof. Madya Dr. Mohd. bin Makmor Bakry
Institusi
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Prof. Madya Dr. Mohd Makmor Bakry

Prof. Madya Dr. Mohd. Makmor Bakry dilahirkan pada 5 September 1974 dan merupakan anak kelahiran Melaka. Beliau berkelulusan PhD dalam (Medicine & Therapeutics) dari University of Glasgow, Scotland, United Kingdom. Berbekalkan pengalaman selama 13 tahun berkhidmat sebagai ahli akademik kini beliau merupakan Timbalan Dekan (Siswazah, Penyelidikan & Inovasi) di Fakulti Farmasi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Prof. Madya Dr. Mohd. Makmor Bakry berpegang kepada falsafah pengajaran dan pembelajaran secara aktif berpusatkan pelajar dengan sokongan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan inovatif dalam usaha memacu efikasi-kendiri, motivasi intrinsik dan inisiatif diri pelajar. Beliau percaya bahawa pelajar perlu diberi tanggungjawab kepada proses pembelajaran mereka sendiri dan pengajar perlu menjadi mentor, fasilitator dan contoh (role model) yang baik kepada pelajar.

Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan adalah secara blended dengan menggunakan platform e-pembelajaran iFolio dan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran bersemuka seperti pembelajaran tepi katil, pembentangan tuntas dan perbincangan kajian kes. Prof. Madya Dr. Mohd. Makmor Bakry merupakan peneraju pengajaran farmasi klinikal secara simulasi (mannequin simulator) dan telah mewujudkan makmal simulasi farmasi klinikal yang pertama di Malaysia pada tahun 2009. Makmal simulasi farmasi klinikal berasaskan kertas telah ditukar kepada sistem digital yang lebih interaktif dan kurang penggunaan kertas. Hasil inovasi dan kajian pengajaran dan pembelajaran diterbitkan di dalam jurnal dan pascasidang terindeks sebagai perkongsian. Artikel terbitan berkaitan simulasi farmasi klinikal juga telah menerima anugerah kertas terbaik 2014 untuk pendidikan farmaseutikal oleh Association of Pharmaceutical Teachers of India.

Prof. Madya Dr. Mohd. Makmor Bakry telah menerima Anugerah Pengajar Cemerlang UKM pada tahun 2013 bagi Gugusan Sains Kesihatan. Beliau juga adalah ahli aktif dalam menjalankan penyelidikan pengajaran dan pembelajaran dengan mengetuai atau menjadi penyelidik bersama untuk empat geran penyelidikan berkaitan pengajaran dan pembelajaran.

  • Hits: 529
Hubungi Kami
  • Tel:

    03-8870 6559 / 6553 / 6546
  • E-mel:

    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Hakcipta Terpelihara 2006 - 2019 © Anugerah Akademik Negara (AAN), Kementerian Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi)