Slider

Anugerah Ahli Akademik Harapan

Penerima
Prof. Madya Dr. Juan Joon Ching
Institusi
Universiti Malaya (UM)

Prof. Madya Dr. Juan Joon Ching dilahirkan pada 26 November 1980 dan berkelulusan Doctorate in Philosophy, PHD (Chemistry) pada tahun 2007 dan Bachelor’s Degree (Honours) pada tahun 2003 daripada Universti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Beliau seorang saintis dalam bidang pemangkinan, bertugas di Nanotechnology and Catalysis Research Centre (NANOCAT) Universiti Malaya dan Felo Penyelidik Kanan Adjung di Universiti Monash, Kampus Sunway. Penyelidikan Prof. Madya Dr. Juan Joon Ching tertumpu kepada struktur nanopemangkin yang mempunyai aplikasi dalam isu persekitaran bagi menukar sisa buangan kepada tenaga dan telah menerima geran melebihi RM 3 juta daripada industri dan agensi tempatan dan antarabangsa.   

Prof. Madya Dr. Juan Joon Ching telah menerbitkan 96 penerbitan dalam jurnal berindeks WoS dan mencapai H-indeks 28. Penyelidikan beliau telah menghasilkan 5 paten. Beliau telah menerima pelbagai anugerah berprestij antaranya Anugerah Sainstis Muda Negara (2016) oleh MOSTI, Anugerah Malaysia’s Research Star Award (2017) oleh MOE, dan Anugerah Outstanding Researcher Young Researcher Award (2017), UM.

Dalam bidang pengajaran dan pembelajaran, Prof. Madya Dr. Juan Joon Ching menggunakan teknik dan pendekatan baru, “student centred learning" yang memfokus kepada "scenario based learning” untuk merangsang minat pelajar terhadap bidang kimia. Di atas kebolehan dan prestasi beliau, beliau diberi kepercayaan untuk mengurus NANOCAT.  Beliau juga terlibat dalam pelbagai organisasi kebangsaan dan antarabangsa sebagai Setiausaha Kehormat Institut Kimia Malaysia (IKM) dan Bendahari Kehormat Royal Society of Chemistry, Malaysia Section.

Sebagai seorang yang prihatin terhadap keperluan masyarakat terutama untuk melahirkan lebih ramai bakat STEM, Prof. Madya Dr. Juan Joon Ching terlibat dalam pelbagai program dan aktiviti bagi merangsang dan menggalakkan murid sekolah untuk menceburi bidang sains.  Dengan ini beliau telah dilantik untuk menganggotai Young Scientist Network di bawah Akademi Sains Malaysia. Untuk mencapai wawasan dan aspirasinya sebagai seorang ahli akademik, beliau berpegang kepada moto "Ahli Akademik Tunjang Pembangunan Negara".

  • Hits: 909
Hubungi Kami
  • Tel:

    03-8870 6559 / 6553 / 6546
  • E-mel:

    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Hakcipta Terpelihara 2006 - 2020 © Anugerah Akademik Negara (AAN), Kementerian Pengajian Tinggi