Slider

Anugerah Pengajaran (Kelompok Sains Tulen)

Penerima
Prof. Madya Dr. Wan Zuhainis binti Saad
Institusi
Universiti Putra Malaysia (UPM)

Prof. Madya Dr. Wan Zuhainis binti Saad dilahirkan pada 12 Mei 1970 dan berkelulusan PhD dalam Mikrobiologi dari Universiti Putra Malaysia (UPM). Berbekalkan pengalaman lebih daripada 10 tahun berkhidmat sebagai ahli akademik kini beliau merupakan Pengarah di Bahagian Pengurusan Pembangunan Akademik, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Prof. Madya Dr. Wan Zuhainis binti Saad merupakan penerima Anugerah Pemikiran dan Rekabentuk Semula Pendidikan Tinggi (Kategori Pengalaman Imersif Maya) 2017. Beliau juga adalah penerima Anugerah Fellowship Naib Canselor 2012 (Pengajar Muda) dan Anugerah Fellowship naib Canselor 2016 (Anugerah Pengajar Cemerlang), penerima Perkhidmatan Cemerlang tahun 2011 dan 2016. Dalam pertandingan International University Carnival on E-Learning 2016 (IUCEL2016) beliau telah menerima Anugerah Creative and Interactive E-Learning dan Best Trend Setter Award (IUCEL2017).

Prof. Madya Dr. Wan Zuhainis binti Saad telah memenangi 17 pingat emas, perak dan gangsa dalam pertandingan e-pembelajaran yang melibatkan pelajar mikrobiologi. Sebanyak 11 hakcipta telah diperolehi melalui produk e-pembelajaran termasuk bahan gamifikasi dengan augmented reality yang telah direkacipta bersama pelajar beliau iaitu Micquizzit, Mighty Microbes, Big Book of Microbes, Microtopia Land Game Board with AR, Incredible Microbes, Mystery Microbes, Discreet World of Microbes Planet.   

Prof. Madya Dr. Wan Zuhainis binti Saad melibatkan pelajar dengan pelbagai pembelajaran Abad ke-21. Antaranya, menjalankan aktiviti NASA Space Apps Challenge 2017, Augmented Reality bagi artikel The Petri Dish dan Petrosains. Beliau berkongsi pengalaman mengenai e-pembelajaran di Astro Bernama pada 2016 dan artikel di The Petri Dish. Beliau merupakan Master Trainer bagi E-Learning dan Interactive Lecture di AKEPT.

Beliau telah menerbitkan bab dalam buku e-pembelajaran dan kuliah interaksi melalui AKEPT, penulis bersama buku Aplikasi Praktikal Desktop untuk Pembelajaran dan Pengajaran dan Aplikasi Praktikal Web 2.0 untuk Pembelajaran Pengajaran serta Modular Approach to Science and Mathematics Courses. Prof. Madya Dr. Wan Zuhainis binti Saad berkongsi pengalaman aktiviti pembelajaran melalui laman blog, seminar serta bengkel E-Learning, Flipped Classroom, Innovative Learning, Fusing Learning with Technology di peringkat UPM, universiti awam dan swasta, politeknik serta sekolah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

  • Hits: 788
Hubungi Kami
  • Tel:

    03-8870 6559 / 6553 / 6546
  • E-mel:

    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Hakcipta Terpelihara 2006 - 2019 © Anugerah Akademik Negara (AAN), Kementerian Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi)