Slider

Anugerah Seni dan Kreativiti (Kelompok Penulisan Kreatif)

Penerima
Prof. Madya Dr. Mawar Binti Safei
Institusi
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Prof. Madya Dr. Mawar Binti Safei dilahirkan pada 27 Februari 1971 dan berkelulusan Doktor Falsafah daripada Nanyang Technological University, Singapore (2006), Sarjana Sastera (1997) dan Sarjana Muda (Kepujian) (1995) daripada Universiti Kebangsaan Malaysia.

Beliau telah memenangi anugerah berprestij pada tahun 2016 iaitu Hadiah Sastera Perdana Malaysia serta mempunyai ratusan penulisan. Prof. Madya Dr. Mawar Binti Safei mempunyai kredibiliti dalam penulisan kreatif di mana beliau merupakan seorang yang prolifik dalam bidang penulisan kreatif. Pengalaman menulis beliau disalurkan ke dalam kursus yang dikendalikan di peringkat Pra Siswazah, Siswazah dan kem Permata Pintar Negara (Penulisan) untuk tujuan pembangunan ilmu.  

Seni menulis Prof. Madya Dr. Mawar Binti Safei juga disalurkan dalam bentuk penganjuran bengkel di UKM atau dengan pihak luar dengan membimbing calon penulis antaranya yang melibatkan dengan pihak DBP, Yayasan Warisan Johor, Kementerian, Persatuan Penulis, Universiti dan juga sekolah. Beliau telah dilantik sebagai panel hakim sayembara di peringkat antarabangsa, kebangsaan, negeri dan universiti antaranya :

  1. Panel Penilai Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2017.
  2. Panel Penilai Hadiah Sastera Tunas Cipta 2017.
  3. Panel Hakim Singapore Literary Prize
  4. Penilai Buku Masuri S.N., National Institute of Education, Nanyang Technological University of Singapore.

Prof. Madya Dr. Mawar Binti Safei juga telah mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa antaranya :

  1. Ahli Jawatankuasa MASTERA (Majlis Sastera Asia Tenggara).
  2. Pembimbing Program Penulisan MASTERA, mewakili Malaysia sebagai pembimbing genre cerpen.
  3. Perucap utama International Seminar Education Language Literature and Art (ISELLA) dianjurkan oleh Universitas Islam Riau, Indonesia.
  • Hits: 634
Hubungi Kami
  • Tel:

    03-8870 6559 / 6553 / 6546
  • E-mel:

    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Hakcipta Terpelihara 2006 - 2020 © Anugerah Akademik Negara (AAN), Kementerian Pengajian Tinggi