Slider

Anugerah Ahli Akademik Harapan

Penerima
Prof. Madya Dr. Oon Chern Ein
Institusi
Universiti Sains Malaysia (USM)
  1. Prof. Madya Dr. Oon Chern Ein berkelulusan PhD daripada Oxford University dalam bidang onkologi perubatan. Bidang penyelidikan beliau adalah di dalam terapi kanser dan telah menemui perencat sirtuin yang boleh menyasar kedua-dua sel kanser dan tumor vaskulator.
  2. Sebagai ahli akademik, beliau telah melaksanakan kaedah active flipped classroom yang menekankan senario kehidupan sebenar. Beliau juga mengetuai 6 projek komuniti dan 11 projek penyelidikan. Antara anugerah dan pengiktirafan yang telah diterima termasuklah:
    1. Geran Penyelidikan Ranjeet Bhagwan Singh (Akademi Sains Malaysia dan MOSTI)
    2. Anugerah Saintis Muda EXIQON - Asia Tenggara
    3. L'Oreal-UNESCO Malaysia
    4. Anugerah Penyelidikan Kanser MAKNA
    5. Anugerah Saintis Muda Kebangsaan 2018 (MESTECC)
    6. Penerima pertama Malaysia bagi Anugerah Women of the Future- South East Asia (UK) Science, Digital and Technology Category
  3. Prof. Madya Dr. Oon Chern Ein juga terlibat dalam konsortium antarabangsa seperti:
    1. Cancer Core Europe
    2. Persatuan Kanser Jepun
    3. Kesatuan untuk Kawalan Kanser Antarabangsa (UICC)
    4. Royal Society UK
  4. Di samping aktiviti akademik, beliau juga aktif dalam aktiviti kemasyarakatan melalui organisasi seperti:
    1. Global Young Academy
    2. Persatuan UICC
    3. Persatuan Eropah bagi Penyelidikan Kanser
    4. Rangkaian Saintis Muda (YSN-ASM)
  5. Beliau juga giat mempromosikan STEM melalui agensi seperti Majlis Pendidikan Pulau Pinang, Kluster Sains Pulau Pinang dan CSR Shangri-La Resorts.
  • Hits: 68
Hubungi Kami
  • Tel:

    03-8870 6559 / 6553 / 6546
  • E-mel:

    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Hakcipta Terpelihara 2006 - 2019 © Anugerah Akademik Negara (AAN), Kementerian Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi)