Slider

Anugerah Inovasi Dan Pengkomersialan Produk

Penerima
Prof. Dr. Lai Oi Ming
Institusi
Universiti Putra Malaysia (UPM)
Tajuk Makalah
Remdii® Sensitive Krim Pelembap Intensif
  1. Ekzema atau atopik dermatitis (AD) ialah penyakit keradangan kulit yang dicirikan oleh kulit yang sangat kering, merah, rekah, rasa terbakar dan gatal. Ia merupakan penyakit kulit autoimun, yang mempengaruhi oleh genetik dan alam sekitar. Di Malaysia, ia menjejaskan 2 dalam setiap 10 orang dewasa dan 1 dalam setiap 5 kanak-kanak di bawah umur 5 tahun (The Star, 2016). Ekzema boleh menjejaskan kualiti hidup pesakit dan keluarga mereka dari segi fizikal, sosial, emosi dan kewangan.
  2. Pada masa ini, tiada penawar/ubat untuk ekzema. Strategi pengurusan ekzema melibatkan penggunaan steroid atau perencat calcineurin untuk mengurangkan keradangan sebagai pengurusan jangka pendek diikuti oleh penjagaan kulit harian dengan pelembap sebagai penyelenggaraan jangka panjang. Penggunaan pelembap sebagai sebahagian daripada pengurusan ekzema adalah penting untuk kawalan penyakit yang lebih baik dan mengelakkan keradangan semula.
  3. Kajian telah menunjukkan bahawa pengidap ekzema, disebabkan oleh keabnormalan sel-sel imun mereka tidak mempunyai protein epidermis yang dikenali sebagai filaggrin. Dalam individu yang normal, filaggrin bertindak sebagai penghalang bagi mengekalkan kelembapan kulit dan menghalang kemasukan perengsa dan mikrob. Tanpa penghalang kulit filaggrin ini, kulit tidak dapat mengekalkan kelembapannya, menyebabkan keradangan, ruam dan gatal serta dalam kes yang teruk jangkitan.
  4. Remdii™ Sensitif mengembalikan rintangan kulit yang rosak melalui pendekatan dua cabang:
    1. dengan melakukan proses biokejuruteraan terhadap bahan bioaktif anti-radang (tocotrienols, tokoferol dan karotenoid dan vitamin C) untuk meresap ke lapisan dermis untuk mengurangkan keradangan dn mendorong pembaikan dari dalam kulit
    2. dengan meneyediakan lipid fisiologi dengan kuasa penghidratan baik (asid hyaluronik, allantoin dan seramida mimik kulit) untuk mengelak dan melembapkan permukaan kulit.
  5. Teknologi ini adalah unik dan dilindungi oleh 2 paten (MY 158177A dan PI2017702335), satu paten telah diluluskan dan dilesenkan. Dengan Remdii® Sensitif, penyelidik menggunakan teknik penyelidikan farmaseutikal untuk meneroka cara terbaik untuk menyampaikan bioaktif kami untuk mengurangkan keradangan dan membaiki kulit di dalam lapisan dermis.
  6. Jumlah jualan setakat 31 Disember 2018 adalah RM 1.2 juta.
  7. Produk ini telah menerima beberapa anugerah diantaranya:
    1. Gold Medal during 28th International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX 2017)
    2. USA INPEX Award during ITEX 2017
    3. WIPO Medal for inventors, 2018
    4. Silver medal during The International Conference and Exposition on Inventions by Institutions of Higher Learning (PECIPTA 2017)
    5. Gold Medal Anugerah Harta Intelek Negara 2018 (Patent Category)
  • Hits: 99
Hubungi Kami
  • Tel:

    03-8870 6559 / 6553 / 6546
  • E-mel:

    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Hakcipta Terpelihara 2006 - 2019 © Anugerah Akademik Negara (AAN), Kementerian Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi)