Anugerah Penerbitan Makalah Jurnal (Bidang Sains)

Penerima
Prof. Datuk Dr. Abdul Khalil H P Shawkataly
Institusi
Universiti Sains Malaysia (USM)
Tajuk Makalah
Microbial-induced CaCO3 Filled Seaweed-based Film For Green Plasticulture Application
  1. Pendapatan industri plastik Malaysia menyumbang sebanyak RM30 billion pada tahun 2018. Industri tersebut merupakan salah satu penyebab utama kepada masalah pencemaran alam sekitar, oleh kerana masalah pelupusan.
  2. Sisa plastik global meningkat sebanyak 4.4 juta tan (2012) ke 7.8 juta tan (2015). Kini, Malaysia menghasilkan 3 juta tan sisa plastik pada tahun 2018.
  3. Kajian ini dijalankan menggunakan geran FRGS-MRSA 2015 untuk penghasilan bioplastik berasaskan rumpai laut (Kappaphycus alvarezii). Rumpai laut mampu terurai secara semulajadi, murah, mudah dikultivasi secara komersil dan boleh diperbaharui.
  4. Penghasilan bioplastik adalah melalui kaedah solution casting dan diperkuatkan dengan kalsium karbonat (CaCO3) menerusi proses pemendakan mikrobiologi. Bioplastik yang dihasilkan, minimum ketebalan 0.05┬Ám mempunyai sifat hidrofobisiti, mekanikal, termal dan penguraian secara total yang efisien.
  5. Hasil kajian ini telah memanfaatkan teknologi hijau serta memberi sumbangan terhadap kajian rumpai laut dan akuakultur di Malaysia untuk masyarakat, negara dan global. Hal ini, seiring penyasaran negara untuk penghasilan rumpai lauit minimum 150 ribu tan menjelang 2020.
  6. Hasil kajian yang intensif, bioplastik telah membuktikan kecekapan dan kelestariannya terurai secara semula jadi dalam tempoh yang singkat (10 hari). Walaupun plastik berasaskan rumpai laut boleh digunakan untuk pelbagai produk, kajian ini memfokuskan aplikasi bioplastik untuk plastikultural yang mesra alam sebagai alternatif kepada plastik konvensional.