Slider

Anugerah Seni dan Kreativiti (Kelompok Seni Persembahan)

Penerima
Dr. Ang Mei Foong
Institusi
Universiti Putra Malaysia (UPM)
  1. Dr. Ang Mei Foong berkelulusan PhD daripada Universiti Putra Malaysia (2019), Master of Music (Music Performance) daripada University of Melbourne (2007) dan Bachelor of Fine Arts daripada National Taiwan Normal University (2003).
  2. Beliau membuat persembahan secara konsisten di peringkat kebangsaan dan antarabangsa sejak 2010.
  3. Pada tahun 2018, beliau telah menerima anugerah Ordine della Stella d’ Italia (Cavaliere) Order of the Star of Italy, Knight. Beliau juga telah memenangi Golden Medal (Voice) peringkat antarabangsa di Berliner International Music Competition, Berlin Jerman.
  4. Beliau percaya bahawa persembahan vokal/muzik memikul tanggungjawab untuk menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran kebudayaan kepada generasi yang akan datang dan juga membantu dalam pembinaan dan perkembangan modal insan melalui muzik dan budaya.
  5. Kepakaran beliau berfokus dalam seni muzik klasik barat dan karya vokal artistik tempatan, dan beliau percaya bahawa kepakaran beliau dapat menggabungkan budaya barat dengan budaya tempatan, bukan sahaja untuk mempromosikan pemahaman budaya, memupuk pengantarabangsaan serta merangsang interaksi budaya tetapi juga untuk meningkatkan kecekapan budaya melalui muzik dan karya seni vokal.
  • Hits: 140
Hubungi Kami
  • Tel:

    03-8870 6559 / 6553 / 6546
  • E-mel:

    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Hakcipta Terpelihara 2006 - 2019 © Anugerah Akademik Negara (AAN), Kementerian Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi)