Slider

Tokoh Akademik Negara

Penerima
Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Zakri Bin Abdul Hamid
Institusi
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  1. Mengetuai gerakan global untuk menyedarkan manusia sejagat tentang kepentingan biodiversiti demi survival manusia.
  2. Dinobatkan sebagai salah seorang daripada 100 orang paling berpengaruh dalam bioekonomi dunia masa kini oleh Biofuels Digest, USA.
  3. Orang Asia pertama yang menyandang jawatan Pengerusi “Convention on Biological Diversity” (CBD), Subsidiary Body on Scientific, Technical and Technological Advice pada 1997-1998.
  4. Pengerusi Bersama sebuah projek raksasa Bangsa-bangsa Bersatu, “Millennium Ecosystem Assessment” (MA) 2001-2005 yang melibatkan 2,000 pakar dari 95 negara untuk menaksirkan taraf ekosistem dunia.
  5. Pengerusi pertama “Intergovernmental Panel on Science-Policy Advice on Biodiversity and Ecosystem Services” (IPBES) yang dianggotai oleh 192 negara. Sumbangan panel ini terserlah apabila pada 2015 pemimpin dunia bersetuju untuk mencapai aspirasi “Sustainable Development Goals” menjelang 2030.
  6. Sebagai Penasihat Sains Kerajaan Malaysia (2010 – 2018), Zakri merupakan “thought leader” dalam bidang “science-policy nexus”.
  7. Beliau juga telah dilantik oleh Setiausaha Agung Bangsa-bangsa Bersatu sebagai salah seorang anggota Lembaga Penasihat Sains PBB (2013-2016).
  8. Beliau juga seorang ahli Lembaga kepada UN Technology Bank for Least-Developed Countries dan kepakaran beliau juga diiktiraf dengan pelantikan Zakri menganggotai lembaga penasihat “think-tanks” di USA, Jepun, Kuwait, China, India, Sudan, Senegal dan Turki.
  9. Kewibawaan beliau sebagai ilmuwan dan pemimpin akademik telah diiktiraf dengan penganugerahan pelbagai ijazah kehormat dalam dan luar negara serta dinobatkan sebagai penerima pelbagai anugerah berprestij, antaranya Anugerah Merdeka (Malaysia), Anugerah Zayed (UAE) dan Anugerah Midori (Jepun).
  • Hits: 253
Hubungi Kami
  • Tel:

    03-8870 6559 / 6553 / 6546
  • E-mel:

    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Hakcipta Terpelihara 2006 - 2019 © Anugerah Akademik Negara (AAN), Kementerian Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi)