Slider

Anugerah Ahli Akademik Harapan

Penerima
Prof. Madya Dr. Lim Jit Kang
Institusi
Universiti Sains Malaysia {USM)

Profesor Madya Dr. Lim Jit Kang

Prof. Madya Dr. Lim Jit Kang dilahirkan pada 23 Ogas 1978 dan berkelulusan ljazah Sarjana Muda dalam bidang kejuruteraan kimia dari Universiti Sains Malaysia (USM). Beliau seterusnya melanjutkan pengajian dalam bidang pengkhususan colloid and interface sciences di Carnegie Mellon University (CMU), USA dan berjaya memperoleh Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) pada tahun 2005 dan 2009.

Prof. Madya Dr. Lim Jit Kang mula berkhidmat di USM pada tahun 2003 dan kini menjawat jawatan sebagai Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia, USM. Kejayaan beliau dalam bidang akademik terserlah apabila beliau merupakan penerima anugerah pengajaran, Mark Dennis Karl Outsanding Teaching Award 2007 dan dikurniakan status sebagai Dowd Fellow di CMU. Beliau melibatkan diri secara aktif dalam penyelidikan dan telah menerbitkan lebih daripada 40 makalah jurnal antarabangsa dengan faktor impak (FI) yang tinggi seperti Nano Today (FI = 19.202), Advanced Materials (FI = 14.829) dan ACS Nano (FI = 11.421 ). Aktiviti-aktiviti penyelidikan beliau telah mendapat pelbagai tajaan dari dalam dan luar negara antaranya ialah Nippon Sheet Glass Foundation (Jepun), International Foundation for Science (Sweden), The World Academy of Sciences (TWAS) dan American Chemical Society (ASC). Beliau juga merupakan ketua projek untuk geran ERGS, FRGS, eScience fund, RUI-USM.

Sebagai tanda pengiktirafan serta kejayaan cemerlang Prof. Madya Dr. Lim Jit Kang dalam bidang akademik, beliau telah dilantik sebagai profesor kunjungan penyelidikan oleh CMU, saintis kunjungan jemputan National University of Singapore (NUS) dan Korea Institute of Science and Technology (KAIST) pada tahun 2013. Beliau juga telah dikurniakan status Felo Muda Antarabangsa Chinese Academy of Sciences (CAS).

Penglibatan beliau dalam pembangunan industri kecil dan sederhana (IKS) melalui reka bentuk proses pemisahan bermagnet membawa kepada penganugerahan Anugerah Keusahawanan Muda Takeda 2013 oleh The Takeda Foundation (University of Tokyo). Beliau juga menjalinkan hubungan kerjasama yang erat dengan industri seperti Agilent Technologies Microwave Products (M) Sdn. Bhd. Pada tahun 2014, beliau terpilih sebagai penerima Anugerah Saintis Muda Negara daripada Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI).

Kepimpinan Prof. Madya Dr. Lim Jit Kang turut terserlah apabila beliau dilantik sebagai Pengerusi dan Pengasas American Chemical Society (ACS) Cawangan Malaysia, Ahli Young Scientists Network, Akademi Sains Malaysia dan penerima Anugerah Building Opportunity Out of Science and Technology (BOOST) Award daripada ACS.

Visi akademik utama Prof. Madya Dr. Lim Jit Kang adalah untuk mengembangkan ilmu sains melalui penyelidikan dan menggunakan pengetahuan serta perkongsian ilmu baharu yang dihasilkan untuk kesejahteraan manusia sejagat.

  • Hits: 511
Hubungi Kami
  • Tel:

    03-8870 6559 / 6553 / 6546
  • E-mel:

    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Hakcipta Terpelihara 2006 - 2019 © Anugerah Akademik Negara (AAN), Kementerian Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi)