Slider

Anugerah Pengajaran (Kelompok Sastera dan Sains Sosial)

Penerima
Prof. Madya Dr. Raja Nor Safinas binti Raja Harun
Institusi
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Profesor Madya Dr. Raja Nor Safinas binti Raja Harun

Prof. Madya Dr. Raja Nor Safinas binti Raja Harun dilahirkan pada 19 Oktober 1970 dan berkelulusan Bachelor of Education in TESL dari Universiti Pertanian Malaysia (UPM) pada tahun 1994. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana dalam Human Sciences (ESL) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada tahun 1999 sebelum berjaya menamatkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang TESL / Pendidikan di University of Exeter, United Kingdom pada tahun 2006.

Prof. Madya Dr. Raja Nor Safinas binti Raja Harun telah memulakan kerjayanya di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai Pensyarah di Fakulti Bahasa bermula tahun 2000 dan seterusnya dilantik sebagai Pensyarah Kanan di Fakulti Bahasa dan Komunikasi pada tahun 2007 hingga 2014 dan kemudiannya sebagai Profesor Madya di pada tahun 2014 di fakulti yang sama. Kini, beliau berkhidmat sebagai Dekan, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, UPSI bermula tahun 2014 hingga 2016. Beliau turut dilantik sebagai Ahli International Association of Teachers of English as a Foreign Language (IATEFL).

Falsafah pengajaran dan pembelajaran Prof. Madya Dr. Raja Nor Safinas binti Raja Harun adalah berteraskan 'constructivist learning theory'. Antara kaedah yang digunakan oleh beliau adalah berpusatkan strategi 'coaching for learning', metakognitif, reflektif, interaksi berdialog dan 'community of practice & personal enquires'.

Memiliki personaliti yang ceria serta bersemangat tinggi menjadi nilai tambah buat Prof. Madya Dr. Raja Nor Safinas binti Raja Harun dalam pendekatan beliau untuk mentafsir pemahaman pelajar terhadap keadaan sekeliling mereka. Pada pendapat beliau, proses pengajaran dan pembelajaran perlu dijadikan sebagai satu proses bermakna yang menyediakan peluang dan platform kepada para pelajar supaya dapat berinteraksi dengan berkesan. Beliau juga menggunakan pendekatan 'coaching' iaitu dengan cara memberi galakan dan dorongan supaya pelajar dapat memahami dengan mudah subjek yang diajar. Inovasi dan kreativiti beliau juga terserlah dalam penggunaan Integrated Portfolio, designing e-book dan e-portfolio untuk kemudahan para pelajar yang mengikuti subjek beliau. Impak dalam pengajaran dan pembelajaran dapat dilihat melalui hasil penyelidikan yang dikongsi dalam pembentangan, media sosial, penerbitan berwasit dan ucaptama jemputan di peringkat kebangsaan.

  • Hits: 556
Hubungi Kami
  • Tel:

    03-8870 6559 / 6553 / 6546
  • E-mel:

    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Hakcipta Terpelihara 2006 - 2019 © Anugerah Akademik Negara (AAN), Kementerian Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi)