Slider

Anugerah Pengajaran (Kelompok Sastera dan Sains Sosial)

Penerima
Prof. Madya Fatimah binti Puteh
Institusi
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Profesor Madya Fatimah binti Puteh

Prof. Madya Fatimah binti Puteh dilahirkan pada 28 Februari 1962 dan memperoleh Certificate in English for Academic Purposes (EAP) dari University of Essex, England pada tahun 1982 dan kemudiannya meneruskan pengajian di universiti yang sama dan memperoleh B.A (Hons.) Language Studies (English) pada tahun 1986. Berbekalkan azam serta minat yang tinggi dalam bidang pengajaran, beliau melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dan berjaya memperoleh M.A. in Apllied Linguistics (with special reference to English Language Teaching) di University of Durham, England pada tahun 1991.

Prof. Madya Fatimah binti Puteh mula berkhidmat di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada tahun 1987 dan kini beliau menjawat jawatan sebagai Associate Professor di Language Academy, UTM. Beliau juga merupakan Manager of MyLinE (National Language Learning Portal) iaitu portal yang menawarkan pembelajaran bahasa Inggeris dalam talian dan digunakan oleh semua universiti awam di Malaysia. Ini membuktikan bahawa perkongsian ilmu dalam penggunaan inovasi teknologi secara meluas melalui penggunaan MyLinE telah berjaya memupuk minat pelajar untuk mempelajari bahasa Inggeris secara interaktif di samping kemudahan akses terhadap bahan-bahan pembelajaran secara dalam talian.

Pengalaman Prof. Madya Fatimah binti Puteh selama 15 tahun berkhidmat sebagai tenaga pengajar telah menarik minat beliau untuk mempelajari dengan lebih mendalam berkaitan Computer Assisted Language Learning (CALL) dan hasilnya beliau telah berjaya mengedit buku berkaitan CALL. Dari segi penerbitan, beliau telah mendapat sebanyak 202 copyrights bagi bahan online, menulis 3 buah buku berkaitan P&P, menerbitkan 12 buah buku dan 7 makalah jurnal untuk dijadikan rujukan.

Prof. Madya Fatimah binti Puteh mempunyai falsafah pengajaran dan pembelajaran yang tersendiri iaitu 'to promote active learning', 'to spark learner enthusiasm for learning' dan 'to afford a strong foundation for lifelong learning'. Beliau juga percaya bahawa pengajaran dan pembelajaran adalah proses yang holistik melibatkan pelajar dan tenaga pengajar serta berteraskan Student-centered Learning (SCL), Problem-based Learning (PBL) dan Outcome-based Education (DBE). Melalui pendekatan SCL, penglibatan pelajar secara aktif serta keyakinan diri yang tinggi dapat dilihat dalam mengutarakan pandangan dan cadangan dalam membuatsesuatu keputusan dan disampaikan dalam bahasa lnggeris.

Sebagai seorang yang mementingkan inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran, Prof. Madya Fatimah binti Puteh telah menggunakan pendekatan teknologi terkini seiring dengan peredaran semasa untuk menjadikan e-pembelajaran sebagai bahan efektif dalam proses tersebut dan ini dapat memudahkan pelajar untuk mengakses bahan-bahan tersebut pada bila-bila masa dan tidak terhad hanya di dalam kelas sahaja.

Semangat tinggi yang ditunjukkan Prof. Madya Fatimah binti Puteh dalam bidang yang diceburi telah berjaya dibuktikan melalui penganugerahan di peringkat universiti dan antarabangsa. Beliau juga merupakan Main Committee Asia Computer Assisted Language Learning Association (AsiaCALL).

  • Hits: 380
Hubungi Kami
  • Tel:

    03-8870 6559 / 6553 / 6546
  • E-mel:

    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Hakcipta Terpelihara 2006 - 2019 © Anugerah Akademik Negara (AAN), Kementerian Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi)