Slider

Syarat dan Peraturan Anugerah Ahli Akademik Harapan

Asas Anugerah

  1. Anugerah Ahli Akademik Harapan bertujuan memberi pengiktirafan kepada ahli akademik berkemampuan dan berkalibar yang berumur tidak melebihi 40 tahun.

  2. Penerima Anugerah Ahli Akademik Harapan ialah seorang ahli akademik yang mempamerkan potensi dalam pengajaran dan pembelajaran serta penyelidikan, keterserlahan, kepimpinan dan keserakanan di peringkat kebangsaan atau antarabangsa.

  3. Calon hanya boleh menerima anugerah ini sekali sahaja.

Syarat Permohonan

Anugerah akan dipertimbangkan bagi calon berwibawa yang:

  1. Berumur tidak melebihi 40 tahun pada 1 Januari 2019.

  2. Berkhidmat sebagai pensyarah di IPT tempatan selama sekurang-kurangnya 5 tahun secara kumulatif dalam kerjaya akademik.

  3. Menerajui bidang pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan inovasi, perkhidmatan dan kepimpinan akademik secara holistik.

  4. Mempamerkan tujahan bidang kepakaran yang melangkaui zaman.

  5. Telah menerima anugerah atau pengiktirafan akademik daripada badan profesional dan ilmiah yang berprestij di peringkat kebangsaan atau antarabangsa dalam jangka waktu 5 tahun terakhir (termasuk tahun yang dinilai).

  6. Mempamerkan wawasan dan hala tuju dalam kerjaya akademiknya.

  7. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan butir jaya diri (curriculum vitae) terkini berserta bukti yang sahih dan lengkap untuk menyokong pencapaian.

Kriteria Penilaian

Kriteria penilaian merangkumi pencapaian seperti di bawah:

  1. Pengajaran dan pembelajaran
  2. Penemuan ilmu (penyelidikan dan penerbitan)
  3. Penjanaan nilai untuk negara
  4. Kepimpinan dan potensi sumbangan kepada masyarakat

Nilai Anugerah

Nilai Anugerah Ahli Akademik Harapan ialah RM50,000 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Ribu) berserta sebuah piala dan sijil penghargaan  daripada Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Muat Turun

  • Hits: 1496
Hubungi Kami
  • Tel:

    03-8870 6559 / 6553 / 6546
  • E-mel:

    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Hakcipta Terpelihara 2006 - 2019 © Anugerah Akademik Negara (AAN), Kementerian Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi)