Slider

Syarat dan Peraturan Anugerah Penerbitan Makalah Jurnal

Asas Anugerah

Anugerah ini adalah untuk memberi pengiktirafan kepada ahli akademik yang menghasilkan makalah jurnal terbaik, satu dalam bidang Sains serta satu dalam bidang Sains Sosial dan Sastera bagi tahun yang dinilai, iaitu dari 1 Januari 2018 hingga 31 Disember 2018.

(Pemenang Anugerah ini boleh memohon semula pada tahun-tahun berikutnya).

Syarat Permohonan

  1. Setiap Institusi Pendidikan Tinggi hanya dibenarkan mengemukakan tidak lebih daripada TIGA makalah jurnal terbaik di peringkat institusi bagi setiap bidang untuk dipertimbangkan.

  2. Hanya makalah yang diterbitkan dalam jurnal yang tersenarai di laman web http://jpt.mohe.gov.my/aan layak dipertimbangkan. Senarai tersebut ditentukan berdasarkan kriteria berikut:

    1. Bagi Bidang Sains, jurnal yang terdapat dalam ISI Journal Citation Report, Science Edition terkini dibahagikan kepada 177 disiplin, dan 10% jurnal teratas (mengikut faktor impak) daripada setiap disiplin itu dipilih sebagai kriteria minimum untuk melayakkan sesuatu makalah jurnal dipertimbangkan.
      ( pdf Senarai Jurnal Bidang Sains AAN Ke-13 (1.18 MB) )

    2. Bagi Bidang Sains Sosial dan Sastera, jurnal yang terdapat dalam ISI Journal Citation Report, Social Science Edition terkini dibahagikan kepada 57 disiplin dan 20% jurnal teratas (mengikut faktor impak) daripada setiap disiplin itu dipilih sebagai kriteria minimum untuk melayakkan sesuatu makalah jurnal dipertimbangkan.
      ( pdf Senarai Jurnal Bidang Sains Sosial dan Sastera AAN Ke-13 (979 KB) )

    3. Untuk disiplin khusus seperti Kesusasteraan Melayu, Pengajian Melayu, Pengajian Islam dan Pengajian Seni, satu senarai berasingan disediakan dalam laman web tersebut.
      ( pdf Senarai Khas Jurnal bagi AAN Ke-13 (7 KB) )

  3. Hanya pengarang utama (lazimnya pengarang koresponden) yang makalahnya beralamatkan Institusi Pendidikan Tinggi tempatan layak memohon. Sekiranya pengarang utama bukan pengarang koresponden, pengesahan daripada semua pengarang bersama perlu diperolehi oleh pemohon dengan menggunakan borang yang disediakan.

  4. Setiap pemohon dibenarkan mengemukakan hanya SATU makalah untuk dipertimbangkan.

  5. Makalah tersebut mestilah diterbitkan pada tahun penerbitan yang dinilai. Penerbitan berstatus pra-tatap (preview)/tatapan awal (early view) secara dalam talian tidak dipertimbangkan.

Kriteria Penilaian Anugerah

Pemilihan pemenang adalah berasaskan skor yang diberi kepada perkara berikut:

  1. Keaslian makalah dan impak kepada bidang ilmu;
  2. Sumbangan kepada bidang ilmu, masyarakat dan/atau negara;
  3. Impak kepada alam sejagat; dan
  4. Peratusan sumbangan pengarang daripada institusi pendidikan tinggi tempatan.

Nilai Anugerah

Nilai Anugerah Penerbitan Makalah Jurnal bagi setiap bidang ialah RM50,000 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Ribu) berserta sebuah piala dan sijil penghargaan  daripada Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia. Anugerah akan dikeluarkan atas nama pemenang yang akan bertanggungjawab membahagikannya kepada semua pengarang lain mengikut persetujuan kumpulan (warganegara Malaysia sahaja).

Muat Turun

  • Hits: 1857
Hubungi Kami
  • Tel:

    03-8870 6559 / 6553 / 6546
  • E-mel:

    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Hakcipta Terpelihara 2006 - 2019 © Anugerah Akademik Negara (AAN), Kementerian Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi)