Slider

Syarat dan Peraturan Anugerah Tokoh Akademik Negara

Asas Anugerah

  1. Penerima Anugerah Tokoh Akademik Negara ialah seorang ahli akademik yang terlibat secara menyeluruh dan sentiasa beriltizam dalam menyumbang kepada penemuan dan pembangunan ilmu yang memberi sumbangan bernilai untuk negara dan dunia.

  2. Sumbangan calon membolehkan IPT mencapai aspirasi sebagai jentera pembangunan negara ke arah meningkatkan kualiti kehidupan rakyat dan manusia sejagat.

  3. Calon hanya boleh menerima anugerah ini sekali sahaja.

Syarat Permohonan

Anugerah akan dipertimbangkan bagi calon yang telah:

  1. Berkhidmat sebagai pensyarah di IPT tempatan selama sekurang-kurangnya 15 tahun secara kumulatif dalam kerjaya akademik.

  2. Menerajui bidang pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan inovasi, perkhidmatan dan kepimpinan akademik secara holistik.

  3. Menerima anugerah atau pengiktirafan ketokohan daripada badan profesional dan ilmiah yang berprestij pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa dan ada menerima sekurang-kurangnya satu (1) anugerah dalam jangka waktu 10 tahun terakhir (termasuk tahun yang dinilai).

  4. Menghasilkan sumbangan yang membawa impak yang signifikan melalui aktiviti akademik yang telah dijalankan.

  5. Menunjukkan kepimpinan dan kecemerlangan secara berterusan dalam bidang akademik yang diterajui.

  6. Mengemukakan satu (1) salinan berjilid yang mengandungi butir jaya diri (CV) terperinci dan bukti-bukti anugerah dan/atau pengiktirafan serta maklumat tambahan yang tidak dapat dikemukakan di dalam sistem permohonan.

Jenis Anugerah / Pengiktirafan Yang Dipertimbangkan Untuk Permohonan Anugerah

  1. Anugerah/pengiktirafan akademik yang diakui secara rasmi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

  2. Penerimaan anugerah mestilah mengambil kira sumbangan kumulatif anugerah dan pengiktirafan yang diterima sepanjang hayat (lifelong achievement).

Kriteria Penilaian

Kriteria penilaian merangkumi semua sumbangan kumulatif, anugerah dan pengiktirafan yang diterima sepanjang hayat (lifelong achievement).

Nilai Anugerah

Nilai Anugerah Tokoh Akademik Negara ialah RM200,000 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Ribu) berserta sebuah piala dan sijil penghargaan daripada Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Muat Turun

  • Hits: 1437
Hubungi Kami
  • Tel:

    03-8870 6559 / 6553 / 6546
  • E-mel:

    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Hakcipta Terpelihara 2006 - 2019 © Anugerah Akademik Negara (AAN), Kementerian Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi)