Akta Instituisi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) adalah suatu Akta mengadakan peruntukan bagi penubuhan, pendaftaran, pengurusan dan pengawalseliaan, dan kawalan kualiti pendidikan yang diberikan oleh instituisi pendidikan tinggi swasta dan bagi perkara yang berkaitan dengannya. Selaras dengan Lonjakan 10 Pelan Pembagunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) pihak Jabatan Pendidikan Tinggi telah melaksanakan semakan semula Akta Instituisi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) bagi memperkasakan dan memperkemaskan proses pengurusan pengawalseliaan IPTS untuk mengukuhkan kualiti pendidikan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak IPTS. 

Pihak Jabatan Pendidikan Tinggi akan melaksanakan beberapa siri Program Townhall bagi menerangkan dan mendapatkan maklumbalas daripada pihak stakeholders khususnya pihak IPTS. Deraf cadangan pindaan Akta 555 dikemukakan agar stakeholders dapat meneliti dan memberi maklumbalas berkenaan dengan cadangan pindaan yang telah disediakan oleh pihak Jabatan. Maklumbalas tersebut boleh dikemukakan kepada pihak Jabatan melalui email Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 

Sila Klik dokumen di bawah :

Surat Penghargaan Kepada Pihak IPTS Yang Hadir Dan Terlibat Dalam Sesi Pendengaran Awam (Townhall Meeting) Dan Cadangan Pindaan IPTS (Akta 555) 1996 

Maklumat Sesi Townhall

Maklumat Cadangan Pindaan Akta 555 

Result of the Survey on the Proposed Amendments of Act 555 (20 July – 19 August 2016)

Galeri Sesi Pendengaran Awam (Townhall) Cadangan Pindaan Akta 555 Bersama Pihak IPTS

Sesi pendengaran awam ini adalah adalah antara insiatif pihak Jabatan Pendidikan Tinggi untuk mendapatkan input dan pandangan daripada pihak IPTS berhubung dengan cadangan pindaan Akta 555 yang secara langsung mengadakan peruntukan bagi penubuhan, pendaftaran, pengurusan dan pengawalseliaan, dan kawalan kualiti pendidikan yang diberikan oleh IPTS.

  • Sesi Pendengaran Awam (Town Hall) Cadangan Pindaan Akta 555 Bersama Pihak IPTS (Zon Tengah) 21 & 22 Julai 2016

  • Sesi Pendengaran Awam (Town Hall) Cadangan Pindaan Akta 555 Bersama Pihak Ipts (Zon Selatan) 26 Julai 2016

  • Sesi Pendengaran Awam (Town Hall) Cadangan Pindaan Akta 555 Bersama Pihak IPTS (Sabah) 3 Ogos 2016

  • Sesi Pendengaran Awam (Town Hall) Cadangan Pindaan Akta 555 Bersama Pihak IPTS (Sarawak) 4 Ogos 2016

  • Sesi Pendengaran Awam (Town Hall) Cadangan Pindaan Akta 555 Bersama Pihak IPTS (Zon Utara) 8 Ogos 2016

  • Sesi Pendengaran Awam (Town Hall) Cadangan Pindaan Akta 555 Bersama Pihak IPTS (Zon Timur) 11 Ogos 2016