Anugerah Pensijilan ISO 9001:2008

Anugerah ISO  

Keperluan Skop Pensijilan.

Sistem Pengurusan Kualiti merangkumi:

  • Penggubalan dasar Institusi Pengajian Tinggi;
  • Pengurusan Institusi Pengajian Tinggi Swasta;
  • Penggubalan kurikulum Institusi Pengajian Tinggi;
  • Pengurusan dana penyelidikan;
  • Pengurusan pembangunan sahsiah dan kebajikan pelajar IPT;
  • Pengurusan kemasukan pelajar ke IPTA bagi Program Pengajian Tinggi lepasan STPM/setaraf dan lepasan SPM/setaraf;
  • Tindakan penguatkuasaan IPTS; dan
  • Pengurusan dan khidmat sokongan.

Jabatan Pendidikan Tinggi adalah jabatan di bawah KPM yang sentiasa mementingkan amalan perkhidmatan pelanggan yang berkualiti berasaskan kepada cekap, bersih, amanah dan mesra. Pelbagai cara dan ruang dibuka untuk pelanggan memberi maklum balas dan aduan kepada segala perkhidmatan yang disediakan. Penganugerah pensijilan ISO 9001:2008 oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd. membuktikan usaha JPT yang efektif dan strategik telah meningkatkan lagi kepuasan dan penerimaan pelanggan.