Pertandingan Pitch For Progress 2017 dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Mahasiswa, Jabatan Pendidikan Tinggi dengan kerjasama Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Organisasi for National Empowerment (ONE).

Pertandingan ini merupakan sebuah saluran kepada mahasiswa/i untuk menzahirkan idea - idea bernas mereka demi meningkatkan persepsi masyarakat terhadap Kementerian Pendidikan Tinggi. Majlis ini disertai oleh 40 pasukan daripada Universiti Awam dan Universiti Swasta. Tugas para peserta adalah untuk mengemukakan idea yang boleh memperbaiki persepsi pendidikan tinggi di Malaysia. Idea ini boleh di dalam bentuk kempen media sosial, projek pendek video, atau apa-apa sahaja minda berfikir yang kreatif selagi ianya memenuhi objektif. Pada masa yang sama, para peserta dapat meningkatkan daya kepimpinan dan kaedah pujukan dalam melakukan sesuatu tindakan selain dapat mempelajari kemahiran merekabentuk dari barisan jurulatih dan fasilator yang berpengalaman dan sangat berbakat. Tempat pertama dimenangi dari wakil Universiti Malaysia Terengganu (UMT), manakala tempat kedua dimenangi oleh wakil Management & Science University dan tempat ketiga dimenangi dari wakil tuan rumah Universiti Kuala Lumpur (UNiKL).