Program Hari Bersama Pelanggan PPTS Siri 3/2017 adalah memfokuskan kepada perkongsian maklumat antara agensi kerajaan seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Dalam Negeri (KDN), PTPTN, dan MQA untuk memperkukuh jaringan usaha sama bagi memperkasa serta mengekalkan kelestarian IPTS. Manakala Majlis Pengurusan Pendidikan Tinggi Swasta (PPTS) adalah bertujuan:

a) memberi kesedaran dan kefahaman kepada pengusaha IPTS tentang keperluan mematuhi peraturan dan undang-undang yang diperuntukkan di bawah Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) dan peraturan di bawahnya di samping pendedahan kepada pematuhan peruntukkan perundangan akta-akta berkaitan daripada agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) serta agensi penguatkuasaan yang berkaitan; dan

b) meningkatkan kesedaran dan pencegahan awal dengan perkongsian isu-isu atau kesalahan yang sering dilakukan oleh IPTS serta tindakan yang dikenakan ke atas IPTS.

Sebanyak 31 IPTS sekitar Zon Sarawak telah terlibat dan dihadiri 60 orang peserta daripada pelbagai jawatan di peringkat pentadbiran IPTS. Program ini telah disempurnakan dengan kehadiran YBhg. Datin Paduka Ir. Dr. Siti Hamisah binti Tapsir, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi dan YBrs. Dr Mohd Nor Azman, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi IPTS bersama Pengarah-pengarah bahagian di bawah PPTS.

Program ini juga turut memberi peluang kepada IPTS untuk berkongsi pandangan dan mengemukakan sebarang kemusykilan mahupun persoalan berkaitan proses dan prosedur kerja di peringkat JPT yang telah diutarakan semasa sesi dialog bersama wakil pengurusan JPT yang hadir.