2 tahun di Universiti + 2 tahun di industri; 

Pelaksanaan program akademik 2u2i dan 3u1i menyokong pendidikan fleksibel. Ianya bertujuan untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran pelajar melalui pembelajaran berasaskan pengalaman dan perkhidmatan yang secara efektifnya dapat diterokai di luar kampus atau di industri di mana pengalaman sebenar dapat disediakan oleh pihak industri yang berkenaan.

Senarai Program 2u2i

Objektif

Lebih masa pembelajaran bersama pihak industri yang akan memberikan peluang, pendedahan dan pengalaman bekerja.Pihak industri turut terlibat dalam reka bentuk kurikulum bagi memastikan jenis kursus yang ditawarkan, kaedah penyampaian serta pembelajaran yang relevan dan sesuai dengan industri yang akan diceburi oleh pelajar selepas bergraduat dapat dicapai.

Slaid Pembentangan Universiti Awam

Universiti Slaid
Universiti Malaysia Kelantan (UMK) PDF
Universiti Putra Malaysia (UPM) PDF
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) PDF
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) PDF