Aktiviti

Kerjasama Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)

Pada 19 Oktober 2016, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah mengadakan perbincangan dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan bersetuju bekerjasama bagi pelaksanaan program 2u2i.

Majlis Pelancaran Program 2u2i Penjenamaan Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Data) UTM

Pada 17 November 2016 (Khamis), Majlis Pelancaran Program 2u2i Penjenamaan Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Data) & Forum CEO @Faculty UTM bersama Industri telah diadakan di UTM Kuala Lumpur. Objektif utama ialah pembelajaran bersama dengan penglibatan pihak industry ini dapat memberikan peluang, pendedahan dan pengalaman bekerja kepada pelajar. Matlamatg program ini adalah untuk menghasilkan pelajar berwawasan, berwibawa, berkualiti dan seterusnya memperaktikkan nilai-nilai moral, etika, keusahawanan dan kemahiran insaniah.

Program Together Gather

Pada 19 Januari 2017, Program Together Gather telah diadakan di Menara Star, Petaling Jaya. Program anjuran Bahagian Hubungan Industri (BHI), JPT ini akan memfokus kepada topik-topik semasa yang berkaitan dengan Pendidikan Tinggi dan dimulakan dengan topik 2u2i. Program ini adalah wadah pertemuan pegawai-pegawai Pusat Pembangunan Kerjaya di UA dan IPTS bagi pendedahan dan pemahaman terhadap isu-isu yang dibincangkan.

Bengkel Pembangunan Garis Panduan (GP) 2u2i

Pada 25-26 Januari 2017, Bahagian Pengurusan Akademik (BPPA), JPT telah mengadakan Bengkel Pembangunan Garis Panduan (GP) 2u2i di MDEC, Cyberjaya. Bengkel yang melibatkan wakil akademia, wakil industri, wakil Badan Profesional, wakil KPT dan Talentcorp telah menghasilkan 50% deraf GP 2u2i dengan mengambil kira isu-isu berkaitan pelaksanaan 2u2i bagi Program Sarjana Muda. Misalnya pendekatan 2u2i juga melibatkan penyampaian pengetahuan yang tersirat iaitu pengetahuan berkaitan persekitaran tempat kerja dan cara bagaimana sesebuah industri beroperasi.

Program 2U2i bagi program Sarjana Muda Perakaunan (SMP)

UMT bersama-sama firma Salihin Chartered Accountant telah melaksanakan program 2U2i bagi program Sarjana Muda Perakaunan (SMP) yang bakal memberi nilai tambah kepada para graduan berkenaan kelak dan dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Idris bin Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi hari ini bertempat di Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Hasil kerjasama di antara UMT dengan firma Salihin Chartered Accountant melalui penubuhan (TAF) Teaching Accountancy Firm yang pertama seumpamanya ditubuhkan di dunia, program Sarjana Muda Perakaunan (SMP) telah memperkenalkan 5 kursus untuk menyokong program 2U2i ini. Pelaksanaan program ini melibatkan penempatan graduan di TAF seawal di tahun 2 sepanjang tempoh pengajian.

 Pembentangan Status & Deraf Garis Panduan 2u1i

 Pada 7 Mac 2017,KPT 7 Mac 2017 - Pembentangan Status dan Deraf Garis Panduan (GP) 2u2i kepada YB Menteri Pendidikan Tinggi.

Antara maklum balas yang perlu diberi perhatian:

1. Elemen learn & earn perlu dimasukkan dalam GP 2u2i;

2. Learning Outcome (LO) perlu ditambah baik;

3. Expected LO - 3h: hands-on, heart-on, and head-on untuk menghasilkan graduan yang holistik;

4. To reconsider the word salary; maybe benefits or allowance

5. YB Menteri juga meminta supaya diadakan soft launch yang melibatkan UA, US, Poli & KK pada Ogos 2017.

6. Stakeholder engagement akan diadakan secara berperingkat dan akan dimulakan pada bulan April 2017.