Malaysia Research Assessment (MyRA®)

Latar Belakang

Taksiran Penyelidikan Malaysia atau lebih dikenali sebagai Malaysia Research Assessment (MyRA®) merupakan satu instrumen bagi mengukur aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan (R&D&C) di Universiti Awam dan IPTS bertaraf Universiti, Kampus Cawangan Luar Negeri dan Kolej Universiti di Malaysia.

Manakala, sistem MyRA® Atas Talian (eMyRA) adalah sistem on-line yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi membolehkan Universiti Awam dan IPTS membuat penilaian kendiri terhadap pencapaian penyelidikan (R&D&C) di institusi masingmasing. Akses kepada sistem eMyRA di laman web KPT adalah bermula pada April 2009 manakala pelancarannya telah diadakan pada 8 Ogos 2009 di KLCC oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia sewaktu PECIPTA 2009. Sistem eMyRA boleh dicapai melalui laman sesawang http://e-myra.moe.gov.my.

Kepentingan MyRA®

  1. Kerajaan Malaysia kini memberi keutamaan dalam aktiviti penyelidikan dan pembangunan yang dilakukan oleh universiti tempatan sebagai satu usaha untuk membangunkan ekonomi negara. Instrumen MyRA bertujuan bagi memenuhi keperluan berikut:
  2. Penilaian kendiri bagi menilai pencapaian serta memantau prestasi universiti tempatan dalam aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan (R&D&C) secara tahunan.
  3. Pengumpulan data R&D&C oleh Kementerian Pendidikan Tinggi.
  4. Pra-Syarat kepada IPTS (IPTS bertaraf Universiti dan Kolej Universiti) untuk memohon Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS).
  5. Permohonan universiti tempatan untuk diiktiraf sebagai Universiti Penyelidikan.
  6. Penilaian terhadap Universiti Penyelidikan Sedia Ada bagi setiap tiga (3) tahun.