Instrumen Penilaian MyRA®

  • Instrumen MyRA® menilai dari tiga (3) komponen utama iaitu input, proses dan output yang meliputi lapan (8) kriteria utama dan pemarkahan MyRA® adalah seperti berikut iaitu:
    Seksyen & Kriteria Skor MyRA® I  Seksyen MyRA® II  Skor MyRA® II
    A: Maklumat Am  -  -
    B: Kuantiti dan Kualiti Penyelidik 25 15
    C: Kuantiti dan Kualiti Penyelidikan 30 35
    D: Kuantiti Pasca Siswazah 10 10 
    E: Kualiti Pasca Siswazah 5
    F: Inovasi 10  15
    G: Perkhidmatan Profesional dan Hadiah  10 
    H: Jaringan dan Jangkauan 12 
    I: Kemudahan Sokongan (MyRA® I) / Akreditasi Makmal (MyRA® II)  H
    Jumlah Markah
    100   100
  • MyRA® mempunyai dua instrumen penilaian seperti berikut:

1) MyRA® I

  • Instrumen penilaian bagi semua Universiti Awam dan IPT Swasta (Universiti, Kolej Universiti dan Kampus Cawangan Luar Negeri);
  • Melibatkan input, proses dan output;
  • Sebagai prasyarat untuk memohon FRGS;
  • Bertujuan memupuk budaya penyelidikan serta menghasilkan modal insan R&D&C; dan
  • Pengumpulan data R&D&C universiti tempatan.

2) MyRA® II

  • Instrumen penilaian bagi Universiti Penyelidikan Matang (selepas tiga tahun diiktiraf sebagai Universiti Penyelidikan); dan
  • Fokus kepada kecemerlangan dengan menghasilkan penyelidikan dan modal insan lebih berkualiti serta impak kepada negara dan masyarakat.

Pemohonan Akaun eMyRA 

  • Penilaian MyRA® diwajibkan ke atas semua Universiti Awam. Manakala, IPTS [sebarang institusi yang tertakluk di bawah Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555)] yang ingin memohon FRGS daripada Kementerian adalah dikehendaki mengisi MyRA®.
  • Permohonan untuk pengisian MyRA® boleh dikemukakan kepada alamat berikut:

Urus Setia MyRA®
Bahagian Perancangan Kecemerlangan IPT (BPKI)
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Tinggi
Aras 9, No. 2, Menara 2
Jalan P5/6, Presint 5
62200 PUTRAJAYA

  • Setiap IPT yang berdaftar akan diberikan Nama Pengguna (Username) dan Kata Laluan (Password) untuk sistem eMyRA (http://e-myra.moe.gov.my). Urus Setia MyRA® hanya akan mewujudkan satu akaun bagi setiap IPT yang memohon.
  • Sebarang permasalahan berhubung sistem eMyRA boleh menghubungi Urus Setia MyRA® melalui e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Pengisian Data dalam Sistem eMyRA

  • Penilaian MyRA® adalah berdasarkan pencapaian aktiviti R&D&C di IPT pada satu (1) tahun ke belakang (one year backward). Contoh: Pengisian data pencapaian R&D&C di IPT bagi tahun 2015 dilakukan pada tahun 2016. 
  • Pengisian data MyRA® mempunyai dua (2) proses iaitu pengisian instrumen dan senarai induk (master list). Data yang mewakili bilangan atau jumlah diisi ke dalam setiap indikator di dalam instrumen bagi memperoleh skor kendiri bagi sesebuah IPT. Senarai induk (master list) pula merupakan senarai data lengkap yang mewakili bilangan atau jumlah yang diisi di dalam instrumen.
  • Semua maklumat berkaitan pengisian data eMyRA, Glosari MyRA® dan Masterlist (Pindaan 2014) boleh didapati pada laman sesawang http://e-myra.moe.gov.my
  • Sistem eMyRA akan dibuka bagi sesi pengisian data bermula 2 Januari hingga 16 Februari tahun selepas tahun pencapaian. Contoh: Sesi pengisian data pencapaian bagi tahun 2015 bermula 2 Januari 2016 hingga 16 Februari 2016.
  • Satu salinan dalam bentuk CD (yang mengandungi masterlist dan salinan bukti-bukti berkaitan) beserta Borang Pengesahan Pengisian Data IPT eMyRA yang lengkap dan disahkan oleh pihak Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) perlulah dikembalikan ke Kementerian melalui butiran di bawah:

Pengarah Bahagian Perancangan Kecemerlangan IPT (BPKI)
Bahagian Perancangan Kecemerlangan IPT (BPKI)
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Tinggi
Aras 9, No. 2, Menara 2
Jalan P5/6, Presint 5