Penubuhan Pusat Kecemerlangan (Centre of Excellence, CoE) adalah bertujuan untuk memacu Institusi Pengajian Tinggi (IPT) agar sentiasa berdaya saing dalam pelbagai bidang penyelidikan, kepakaran dan perkhidmatan di peringkat kebangsaan serta antarabangsa. Kepelbagaian CoE yang ditubuhkan juga merupakan antara usaha yang dijalankan untuk membudayakan dan meningkatkan kualiti penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh IPT secara amnya.

Penarafan CoE di IPT sebagai Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi (Higher Institution Centres of Excellence, HICoE) adalah salah satu langkah strategik untuk melonjakkan HICoE yang telah dinobatkan untuk menjadi peneraju dalam bidang nic masing-masing ke peringkat kebangsaan dan seterusnya dipupuk dan dilonjakkan ke arah mencapai taraf antarabangsa.

Selain itu, bidang nic HICoE tersebut juga akan mendukung sembilan (9) Sektor Keutamaan Negara. Sehingga kini 2016, terdapat 16 HICoE yang telah diiktiraf oleh Kementerian. HICoE yang diiktiraf seterusnya akan dipupuk dan dipandu arah melalui pemberian dana suntikan dan pemantauan berterusan untuk dilonjakkan pencapaiannya dalam bidang nic masing-masing ke peringkat antarabangsa yang senantiasa kompetitif di dalam Ekosistem Inovasi Malaysia.

 

Maklumat lanjut berkenaan Pusat Kecemerlangan (Centre of Excellence, CoE) klik di sini