Universiti Awam di Malaysia dikategorikan kepada tiga (3) kumpulan, iaitu universiti penyelidikan, universiti berfokus (teknikal, pendidikan, pengurusan dan pertahanan) dan universiti komprehensif. Sehingga kini, terdapat 20 buah UA di negara ini yang terdiri daripada lima (5) universiti penyelidikan, empat (4) universiti komprehensif dan 11 universiti berfokus.

Universiti penyelidikan memberikan tumpuan kepada bidang penyelidikan, sementara universiti berfokus memberikan tumpuan kepada bidang khusus berkaitan dengan penubuhannya, manakala universiti komprehensif pula menawarkan pelbagai kursus dan bidang pengajian.

 

Kategori  Ciri-ciri 

 Universiti Penyelidikan

 Universiti Malaya (UM)

 Universiti Sains Malaysia (USM)

 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

 Universiti Putra Malaysia (UPM)

 Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

 Bidang pengajian berfokuskan penyelidikan

 Kemasukan yang kompetitif

 Pensyarah berkualiti

 Nisbah siswazah dengan pascasiswazah 50:50

 Universiti Komprehensif

 Universiti Teknologi MARA (UiTM)

 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA)

 Universiti Malaysia Sabah (UMS)

 Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) 

 Pelbagai bidang pengajian

 Kemasukan yang kompetitif

 Pensyarah berkualiti

 Nisbah siswazah dengan pascasiswazah 70:30

 Universiti Berfokus

 Universiti Utara Malaysia (UUM)

 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

 Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

 Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

 Universiti Malaysia Pahang (UMP)

 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

 Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA)

 Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

 Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

 Bidang pengajian berfokuskan penyelidikan

 Kemasukan yang kompetitif

 Pensyarah berkualiti

 Nisbah siswazah dengan pascasiswazah 50:50