Panduan Mengikuti Pengajian DI IPT Luar Negara

Persediaan Sebelum ke Luar Negara

PerkaraPenerangan 
Syarat kelayakan minimum Pelajar mesti memenuhi syarat kelayakan akademik minimum yang ditetapkan. Sila rujuk Sijil Sokongan Luar Negara / Surat Tiada Halangan
Maklumat IPT luar negara Pelajar boleh merujuk ke KPT dan pejabat Education Malaysia luar negara. Sebarang maklumat lanjut bolehlah melayari laman web IPT luar negara yang berkaitan atau Pejabat Perwakilan Tetap negara berkenaan di Malaysia.
Pengiktirafan Kursus Pengajian di IPT Luar Negara Pelajar boleh merujuk status pengiktirafan kursus pengajian dengan melayari laman web berikut: https: //app.mohe.gov.my/iktiraf/
Agen Penempatan Pelajar Pihak Kementerian tidak pernah melantik mana-mana agen penempatan pelajar untuk mengendalikan proses penempatan pelajar Malaysia di IPT luar negara.
Permohonan SSLN / NOC  Borang permohonan SSLN / NOC boleh dimuat turun melalui laman web jpt.mohe.gov.my. Borang yang lengkap diisi berserta dokumen sokongan hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Education Malaysia (BEM) untuk diproses.

Semasa di Luar Negara

Perkara Penerangan 
Pendaftaran di Pejabat Perwakilan Tetap / Education Malaysia (EM) Pelajar dinasihatkan berdaftar dengan Pejabat  Perwakilan Tetap di Malaysia / EM di negara berkaitan. Pendaftaran ini bertujuan agar maklumat pelajar direkod dan memudahkan pihak Perwakilan Tetap / EM menghubungi pelajar sekiranya berlaku sebarang musibah atau bencana alam. Rekod ini juga akan membantu pihak perwakilan Tetap / EM memastikan bilangan rakyat Malaysia yang berada di sesuatu tempat.
Menganggotai Persatuan Pelajar Malaysia Pelajar digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan oleh persatuan pelajar yang berdaftar dengan Pejabat Perwakilan Tetap di Malaysia / EM. Pelajar dinasihatkan agar tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan imej negara.
Isu-isu Semasa Dalam Negara  Pelajat dinasihati supaya sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai isu0isu semasa yang berlaku dalam negara dari Pejabat Perwakilan Tetap Malaysia /  EM luar negara.

Selepas Tamat Belajar

PerkaraPenerangan 
Tamat Belajar Pelajar dinasihati agar memaklumkan Pejabat Perwakilan Tetap Malaysia / EM / penaja yang berkaitan setelah tamat pengajian.

 

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, boleh menghubungi :

Bahagian Education Malaysia
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Tinggi
Aras 4, No. 2, Menara 2 Jalan 5/6,
Presint 5 62200 W.P. Putrajaya
Tel : 03-8870 6000 samb 6610 / 6631
Faks : 03-8870 6853
Laman Web : http://jpt.mohe.gov.my/
Facebook : Education Malaysia Division