Pengenalan

Sijil Sokongan Luar Negara (SSLN) atau dikenali sebagai No Objection Ceritificate (NOC) diperkenalkan sebagai mekanisme kawalan bagi mengelakkan daripada berlakunya kemasukan pelajar yang tidak memenuhi syarat kelayakan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di luar negara. Pengeluaran SSLN dilaksanakan mulai kemasukan sesi akademik 2003/2004 kepada pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pengajian dan diproses dalam masa tempoh tujuh (7) hari bekerja.

Pengeluaran SSLN / NOC ini merupakan salah satu cara bagi kawalan pentadbiran dalam menjamin kualiti pelajar yang bakal menuntut di luar negara. Selain itu, SSLN / NOC ini juga digunapakai oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) sebagai salah satu syarat bagi pelajar untuk memohon permohonan biasiswa / pinjaman. Walau bagaimanapun, SSLN bukan jaminan untuk mendapatkan biasiswa / pinjaman. 

Definisi

SSLN / NOC merupakan salah satu syarat yang dikenakan kepada pelajar yang ingin melanjutkan pengajian dan mengikuti kursus-kursus yang ditawarkan di IPT luar negara. Pelajar perlu memenuhi syarat kelayakan minimum yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Syarat Kelayakan SSLN / NOC

  1. Perubatan, Pergigian dan Farmasi
  2. Bagi program ijazah pertama dalam bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, syarat kelayakan minimum permohonan SSLN / NOC adalah dengan memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kepujian dengan gred B dalam subjek Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) DAN memperoleh sekurang-kurangnya PNGK 3.00 di peringkat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau setaraf.
    Walau bagaimanapun, bagi program ijazah pertama dalam bidang Perubatan ke negara Mesir, syarat kelayakan minimum adalah dengan memperoleh purata peratusan markah sekurang-kurangnya 90% dalam lapan (8) subjek iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi DAN sekurang-kurangnya kepujian dengan gred B dalam Biologi, Kimia, Fizik, Matermatik dan Matematik Tambahan di peringkat SPM.
    Manakala bagi program ijazah pertama dalam bidang Pergigian dan Farmasi ke negara Mesir, syarat kelayakan minimum adalah dengan memperoleh purata peratusan markah sekurang-kurangnya 85% dalam lapan (8) Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi DAN sekurang-kurangnya kepujian dengan gred B dalam Biologi, Kimia, Fizik, Matermatik dan Matematik Tambahan di peringkat SPM.
  1. Bidang-Bidang Lain
  2. Bagi bidang-bidang lain, syarat kelayakan minimum permohonan SSLN/NOC adalah dengan memperoleh sekurang-kurangnya kepujian bagi lima (5) subjek dengan gred 6C (SPM tahun 2008 dan sebelumnya) atau gred C (SPM tahun 2009 dan seterusnya) bagi matapelajaran yang berkaitan (termasuk subjek Pengajian Al-Quran & Al-Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah & Bahasa Arab Tinggi sekiranya memohon bidang Pengajian Islam di Arab Saudi) DAN PNGK 2.00 di peringkat STPM dan setaraf

Untuk maklumat kesetaraan kelayakan akademik, sila layari laman web berikut www.mqa.gov.my

Klik di sini untuk muat turun borang SSLN.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, boleh menghubungi :

Bahagian Education Malaysia
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Tinggi
Aras 4, No. 2, Menara 2 Jalan 5/6,
Presint 5 62200 W.P. Putrajaya
Tel : 03-8870 6000 samb 6610 / 6631
Faks : 03-8870 6853
Laman Web : http://jpt.mohe.gov.my/
Facebook : Education Malaysia Division