Piagam Pelanggan
Piagam Pelanggan Jabatan Pendidikan Tinggi :
1. Memberi maklumbalas awal dalam tempoh 3 hari bekerja dan maklumbalas perkembangan dalam tempoh 15 hari bekerja berhubung pengurusan aduan dari tarikh aduan diterima
2. Mengumumkan keputusan permohonan kemasukan pelajar dalam tempoh 30 hari bekerja sebelum pendaftaran pelajar baharu ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA
3. Merancang, melaksana dan menilai program pembangunan sahsiah, patriotism, uniti dan kesukarelawan mahasiswa IPT
4. Memaklumkan keputusan permohanan FRGS dalam tempoh 45 hari bekerja daripada tarikh tutup permohonan
5. Menilai dan memproses permohonan daripada Universiti Awam yang lengkap diproses untuk diperakukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pendidikan Tinggi dan diluluskan oleh YB Menteri Pendidikan Tinggi dalam tempoh 45 hari bekerja
6. Mengeluarkan Surat Kelulusan Penubuhan IPTS dalam tempoh 45 hari bekerja setelah kesemua dokumen lengkap diterima