Kenyataan Media: Universiti Penyelidikan Di Malaysia Kini Dalam Kelompok 200 Terbaik Di Dunia

Buat julung – julung kalinya, kelima-lima buah Universiti Penyelidikan Malaysia iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menunjukkan peningkatan yang amat membanggakan berbanding tahun sebelumnya dengan berada dalam kelompok 200 terbaik dunia dan Top 1% in the World. Laporan dikeluarkan oleh Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings 2021 pada 10 Jun 2020.

Selain itu, UM sekali lagi telah berjaya disenaraikan sebagai 100 universiti terbaik di dunia. UM berada di tempat ke-59 dalam senarai universiti terbaik dunia berbanding di tempat ke-70 pada tahun 2019. UM telah berjaya disenaraikan dalam kedudukan 100 universiti terbaik sejak tahun 2018 iaitu tujuh (7) tahun lebih awal daripada sasaran malah berjaya mengekalkan dan meningkatkan kedudukan setiap tahun sehingga ke kedudukan hari ini.

Selain daripada UM, lima (5) Universiti Awam yang lain dan tiga (3) Universiti Swasta juga berjaya menunjukkan peningkatan yang membanggakan ke kedudukan 550 terbaik dunia iaitu UPM di kedudukan ke-132 (2020: 159), UKM di kedudukan ke-141 (2020: 160), USM di kedudukan ke-142 (2020: 165), diikuti oleh  UTM di kedudukan ke-187 (2020: 217) dan Universiti Utara Malaysia (UUM) di kedudukan ke-531-540 (2020: 591-600).  Bagi Universiti Swasta yang terlibat, Taylor’s University mendahului di kedudukan ke-379 (2020: 511-520), diikuti oleh UCSI University di kedudukan 391 (2020: 442) dan Universiti Teknologi Petronas (UTP) di kedudukan 439 (2020: 482).

Pada siri penarafan kali ini, 20 buah universiti tempatan telah tersenarai iaitu 12 buah universiti berjaya memperbaiki kedudukan berbanding tahun lepas, 6 buah universiti mengekalkan kedudukan dan 2 buah universiti jatuh dari kedudukan tahun lepas. Selain dari itu, 11 lagi institusi pendidikan tinggi tempatan (awam dan swasta) juga berjaya disenaraikan di dalam senarai ‘top 1000’ QS World University Rankings 2021, iaitu Management and Science University (MSU), Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Sunway University, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Multimedia University (MMU), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Kejayaan ini merupakan kejayaan terbaik negara setakat ini dan membuktikan  bahawa hala tuju pendidikan tinggi negara berada di atas landasan yang betul dalam menyediakan institusi pendidikan tinggi yang berkualiti dan cemerlang sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) (PPMPT).  Kejayaan ini secara tidak langsung akan terus menempatkan Malaysia sebagai hub pendidikan tinggi di rantau ini. Di samping itu, ianya juga dapat membantu institusi dalam menjalinkan kerjasama dengan penyelidik terkemuka dunia.

Dalam Laporan QS  juga dinyatakan bahawa Malaysia merupakan antara negara yang menunjukkan peningkatan terbaik di dalam penarafan kali ini. Sistem pendidikan negara telah diiktiraf dalam kalangan ahli akademik dan majikan di peringkat antarabangsa.

 

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

10 Jun 2020

 

SENARAI 20 INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA DALAM QS WORLD UNIVERSITY RANKINGS (QS-WUR) 2021

NO.

INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI

QS- WUR 2020

QS- WUR 2021

1

UM

70

59

2

UPM

159

132

3

UKM

160

141

4

USM

165

142

5

UTM

217

187

6

Taylor’s University

511 - 520

379

7

USCI University

442

391

8

UTP

482

439

9

UUM

591-600

531-540

10

MSU

541-550

551-560

11

IIUM

651-700

601-650

12

UiTM

651-700

651-700

13

Sunway University

751-800

701-750

14

UNITEN

801-1000

701-750

15

UMP

751-800

751-800

16

MMU

801-1000

801-1000

17

UNIMAS

801-1000

801-1000

18

UTAR

801-1000

801-1000

19

UniMAP

701-750

801-1000

20

UMS

801-1000

801-1000

  • Hits: 100

Ikuti kami di media sosial rasmi:

©2020 Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pangajian Tinggi. Hak Cipta Terpelihara