Program Kebolehpasaran Graduan
Program Kebolehpasaran Graduan
Program ‘Graduate Employability’. yang diadakan untuk meningkatkan kebolehpasaran yang dikeluarkan oleh Institusi Pengajian Tinggi awam tempatan. Program ini adalah betujuan bagi melengkapkan siswazah dengan nilai tambah agar lebih marketable dan employable di dalam pasaran tempatan mahupun antarabangsa, sekaligus mengurangkan masalah pengangguran dikalangan graduan lepasan universiti.
Kajian Pengesanan Graduan (Susulan)
Kajian Pengesanan Graduan Susulan (SKPGII) merupakan satu sistem atas talian yang dibangunkan oleh KPT sebagai pelengkap kepada SKPG 1, yang dijalankan secara atas talian. Dengan adanya usaha ini, diharap pihak negara akan mendapat gambaran sebenar berkaitan dengan dunia pekerjaan graduan seperti tahap kebolehdapatan kerja, kebolehpasaran graduan, job trend dan job mobility. Maklumat-maklumat ini akan dapat membantu Kerajaan dan IPT menggubal polisi dan merancang program-program yang lebih bertepatan dalam membangunkan modal insan negara. Di samping itu, para pelajar IPT dan para graduan dapat membangunkan kerjaya masing-masing berasaskan fakta-fakta sebenar.
Program Intervensi GE menyediakan program bagi meningkatkan nilai tambah graduan daripada aspek kelayakan profesional, keterampilan diri dan sahsiah bagi membantu pelajar-pelajar memperoleh pekerjaan dan relevan dengan keperluan majikan dalam pelbagai sektor. Program ini memberi tumpuan kepada pelajar semester/tahun akhir yang mempunyai Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) 3.30 dan ke bawah serta pelajar daripada bidang pengajian yang kurang mendapat permintaan daripada industri.