Fungsi Jabatan

Bil. Bahagian Fungsi Utama
1 Bahagian Khidmat Pengurusan Mengurus dan menyelaras perkara berkaitan pembangunan sumber manusia, pengurusan kewangan, pentadbiran, pengurusan kualiti serta perkhidmatan pelanggan selaras dengan Lonjakan 10 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi).
2 Bahagian Hubungan Industri Menggalakkan dan meningkatkan kerjasama di antara ahli akademik, industri, kerajaan dan komuniti dalam memastikan matlamat yang digariskan khususnya Lonjakan 7 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendikan Tinggi) dapat dipenuhi dengan jayanya.
3 Bahagian Perancangan Kecemerlangan IPT Merancang, mengurus dan memantau geran dan aktiviti RDC&I di IPT dan Institut Penyelidikan selaras dengan Lonjakan 7 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi).
4 Bahagian Pembangunan Mahasiswa Merancang, mengkoordinasi dan memperkasakan Pembangunan Mahasiswa yang seimbang sejajar dengan Lonjakan 1 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi).
5 Bahagian Education Malaysia Membangun serta menyelaras pelaksanaan polisi dan garis panduan berhubung pengantarabangsaan seperti dalam Lonjakan 8 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi).
6 Pusat Sitasi Malaysia Memperkasa keterlihatan pengetahuan ilmiah Malaysia ke peringkat global dalam membangunkan ekosistem inovasi bagi meningkatkan kualiti pendidikan dan kecemerlangan institusi.
7 Bahagian Pengurusan Pembangunan Akademik Menyelaras dan memantau pembangunan dan pelaksanaan program akademik selari dengan polisi pendidikan tinggi semasa.
8 Bahagian Governan IPTA Tadbir Urus Universiti Awam dari segi penubuhan, governan, pelantikan pegawai utama universiti dan kawalselia berdasarkan Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU) 1971 dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) khususnya Lonjakan 6.
9 Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar Menggubal, melaksana dan memantau dasar-dasar bagi menambah dan meluaskan akses pendidikan tinggi untuk pelajar Lepasan SPM/STPM/Setaraf ke IPTA sejajar dengan Lonjakan 10 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi).
10 Bahagian Pendaftaran dan Piawaian Memastikan kualiti pendidikan tinggi yang ditawarkan oleh IPTS bertaraf dunia dan menepati Akta 555 serta kepentingan negara.
11 Bahagian Governan IPTS Mentadbir urus sector pendidikan tinggi swasta untuk memastikan keperluan dan permintaan sector pendidikan tinggi masa kini terus berkualiti, mampan dan berdaya saing seperti dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi).
12 Bahagian Penguatkuasaan dan Inspektorat Memantau dan mengawal selia institusi pendidikan tinggi swasta untuk memastikan semua dasar dan peruntukan undang-undang di bawah Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) 1996 (Akta 555) dan peraturan-peraturan di bawahnya dipatuhi.