Visi

  • Menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan serantau.

Misi

  • Mengantarabangsa pendidikan tinggi negara melalui program pemasaran yang berkesan dan jalinan kerjasama antara kerajaan, agensi dan institusi dalam negeri dan luar negara.

Objektif

  • Memastikan pelaksanakan inisiatif-inisiatif yang membolehkan keterlihatan jenama pendidikan tinggi Malaysia (Visibility).
  • Membina reputasi akademik di peringkat global dalam penawaran program-program akademik dan kepakaran di Malaysia yang dapat meningkatkan kolaborasi dan jaringan kerjasama di antara institusi pendidikan tinggi Malaysia dan institusi pendidikan di luar negara bagi meningkatkan pengiktirafan antarabangsa terhadap institusi pendidikan tinggi Malaysia dan program-program akademik yang ditawarkan (Recognition)
  • Memperkembangkan kepelbagaian dan pengalaman pelajar antarabangsa di Malaysia (Expansion)bagi merealisasikan sasaran enrolmen 200,000 pelajar antarabangsa menjelang 2020.
  • Mengenalpasti bidang-bidang khusus yang akan membezakan Malaysia dengan persaingannya dalam bidang akademik dan penyelidikan serta strategi geopolitik (kuasa lunak/ alat diplomasi) seperti pendidikan transnasional (Dinstinction).

Fungsi Bahagian

  • Merancang, menyelia dan memantau operasi bagi 12 pejabat Education Malaysia di luar negara.;
  • Menyelia dan memantau hal ehwal pelajar Malaysia melalui kemudahan dan khidmat bantuan yang disediakan oleh Education Malaysia di luar negara.;
  • Memproses permohonan Surat Sokongan Luar Negara (SSLN) bagi pelajar Malaysia yang ingin melanjutkan pengajian peringkat ijazah pertama di luar negara dan permohonan pelajar Malaysia yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat ijazah di Universiti Timur Tengah (Jordan, Mesir dan Morrocco).;
  • Merancang, menyelaras dan menyelia pelaksanaan aktiviti promosi pendidikan tinggi Malaysia di luar negara dan menyediakan “Market Intelligence Report” pasaran sasaran melalui 12 pejabat EM.;
  • Merancang, menyelaras penglibatan EMLN dalam membantu memacu peranan Malaysia dalam pendidikan tinggi global menerusi kepakaran akademik, kolaborasi dan penyelidikan;
  • Pengantara kepada pihak stakeholder khususnya dalam pengemaskinian maklumat berhubung gerak kerja, strategi, atau tindakan yang dibuat ke atas isu-isu pendidikan dan lain-lain perkara yang diuruskan oleh pihak EMGS yang mempunyai peranan dalam pemasaran, promosi dan tapisan kemasukan pelajar antarabangsa ke Malaysia.;
  • Menyelaras dan memantau program mobiliti pelajar dan staf akademik;
  • Memproses dan mengurus permohonan pengiktirafan program pengajian yang ditawarkan oleh IPT Malaysia kepada agensi luar negara yang berkaitan
  • Melaksana, menyelaras, menyelia dan memantau hala tuju pelaksanaan program pengantarabangsaan melalui program Jangkauan Global Malaysia dan CLMV.
  • Mengurus dan menyelaras kerjasama dalam bidang pengajian tinggi dengan badan- badan antarabangsa seperti MFUC, MRU-IRU, ANU dan AUN Seed-Net.
  • Menjalinkan hubungan dengan organisasi serantau antarabangsa yang berkaitan dengan pendidikan tinggi seperti AIEA, JICA dan British Council

Carta Organisasi | Direktori Direktori Education Malaysia Luar Negara