Fungsi Unit Penyelarasan

  • Memantau pelaksanaan hospital pengajar di UA.
  • Mengurusetia Mesyuarat MPTN dan mesyuarat-mesyuarat yang melibatkan pengurusan tertinggi KPM dan UA.
  • Sekretariat CAP APEX dan CAP Governan.
  • Menguruskan penganjuran seminar / forum pengajian tinggi bersama IPPTN / UA.
  • Menyelaras program UA dibawah Peruntukan Rancangan Malaysia Lima Tahun.
  • Mengurus perkara berkaitan autonomi dan penurunan kuasa daripada agensi Pusat / Kementerian kepada UA.
  • Mengurusetia mesyuarat Lembaga Pengarah IPPTN.
  • Mengurus perkara berkaitan autonomi dan penurunan kuasa UA.

Fungsi Unit Governan 

  • Mengurus bagi perkara berkaitan pembangunan modal insan dan sanjungan kesarjanaan.
  • Mengurus pelantikan pegawai-pegawai Utama UA dan ahli MPTN.
  • Mengurus perkara berkaitan sanjungan kesarjanaan iaitu Profesor Ulung dan Profesor Diraja.
  • Menerima dan mengurus kes-kes aduan berkaitan pengurusan Utama UA, pensyarah dan anggota pentadbiran UA.
  • Mengemaskini Sistem Maklumat Pegawai Utama UA.

Fungsi Unit Urusetia

  • Mengkaji, menyemak, menggubal dan mengemaskini akta / perundangan / status / kaedah dan Peraturan-peraturan UA dan Pewartaan berkaitan dengan pengajian tinggi seperti Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 (AKTA 30), Akta UiTM 1976 (Akta 173).
  • Mengurus penubuhan Universiti dan Kolej Universiti baru / cawangan UA luar negara dan hal ehwal perundangan yang berkaitan.
  • Menguruskan latihan bagi Penasihat Undang-undang Universiti.
  • Mengkaji, menyemak, menggubal, mengemaskini dan menguruskan pewartaan Perlembagaan, Status, Kaedah dan Peraturan-Peraturan UA.
  • Menguruskan penubuhan universiti dan kolej baru / cawangan UA luar negara.

Fungsi Unit Pentadbiran 

  • Mengendalikan urusan pentadbiran dan kewangan.
  • Mengendalikan urusan sumber manusia bahagian.

Carta Organisasi | Direktori